The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Wednesday, 23 January 2008

BELLE WITH RED SHOES....ghost story....

Zhin, memeluk suaminya erat. Dia menangis apabila Gong menolaknya. Gong berubah menjadi ganas. Gong bangun, angkat Zhin, dan dia campakkan Zhin ke ruang tamu. Menutup pintu kamarnya. Tidak begitu lama selepas itu, Zhin mendengar alunan suara merdu yang memukau, tiada perkataan boleh menerjemahkan suara itu.
"Gong milik aku! Pergi kau dari sisinya!!!". jerit suara itu. Zhin berasa aneh. Di manakah datangnya suara itu, apa yang ia mahu daripadanya? Mengapa GONG yang dia mahu? Mengapa?? Persoalan-persoalan sebeginilah yang timbul. "Boom!" bunyi dentuman kuat dari kamarnya. Zhim lekas bangun, melupakan kesakitan pada kakinya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati GONG sudah menembak dirinya. Darah di merata tempat. Zhin menangis.
Saat itu jua, munculnya, seorang perempuan jelita berbaju merah WAJAHnya putih gebu, bibirnya merah memikat hati, rambutnya panjang, bentuk badannya sempurna. Dia memang seorang wanita yang mampu membuatkan setiap lelaki tergoda. "KINI Gong milik aku!!!HAHAHHAHA!" kata "perempuan itu" sambil ketawa berdekah-dekah. Roh Gong kini bersama perempuan itu. Pada malam pengebumian Gong, Zhin sering dihantui roh suaminya. Sampai kini, dia masih tidak tahu siapakah perempuan itu. Mungkin dia mempunyai kaitan dengan Gong pada hayat yang lepas.
Setahun kemudian, Zhin sudahpun berkahwin dengan lelaki lain. Pada suatu hari, dia diajak ke pameran lukisan di bandar. Di situ, dia terlihat akan lukisan yang memaparkan perempuan berbaju merah itu bersama seorang lelaki yang memeluknya. Lelaki di dalam lukisan itu menyamai GONG. Segala-galanya bagaikan GONG. Zhin berasa hairan, dan menitiskan air mata......dan misteri menyelubungi dirinya...
----the end----

No comments: