The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Friday, 19 February 2010

Geram

Geram kerana pagi2 lagi masalah dah timbul. Ya, memang aku nak belajar memandu hari ni. Ya, memang aku kate aku boleh belajar hari ni. Dan memang aku sudah menelefon mak cik kat kedai memandu tu, tapi dia tak angkat.

Pagi ni, aku tunggu lagi call dari sekolah memandu, untuk ensure yang hari ni ada kelas. Aku letak henfon aku baik2 atas meja untuk mengecaskannya kerana biasalah dah kong. Aku pergi mandi, siap2, takde pun deringan. Aku pun buat lantaklaa....pergi kat tempat washing machine to do the laundry...dan mahu menyidai pakaian dalam bakul yang disuruh mama tadi. Tapi tibe2 hati terdetik nak check telefon tadi...ah ADA 4 MISS CALLS!~~

Memang sudah menjadi satu kebiasaan perkara macam ni terjadi. Top2 aku nak tunggu call, takde pun call yang masuk. Tapi bile aku sibuk, hah masa tulah telefon nak berdering la ape lah. Geram gila. So, rupenye daripada mak cik kat sekolah memandu tu. Siap hantar message lagi...

"KATA NAK BELAJAR!! CALL TAK ANGKAT KENAPA!!!!"


hah macam tu la message itu kelihatan. Bukan rekaan. Betul-betul punya. Siap tanda seru, tanda marahlah...

Aku pun dah rasa serba salah...aku pun message balik

"MAAF!! TELEFON TAKDE BATTERY"

Ish, leceh gila. Aku benci benda leceh ni. Dahlaa aku tak sempat breakfast lagi. Kerja rumah semua tak habis buat. Hah.......

1 comment:

khaulah said...

alolo ciannyer.. tape2..

nni da pandai bwk kete, langgar je mk cik tu..heheh

ps: jgn ikot nasihat gile tu :)