The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Thursday, 8 April 2010

Kerja Tertangguh

Semalam, sempat lagi tonton "Jangan Tidur Lagi" disebabkan sibuk menyiapkan nota biologi disebabkan ianya akan berpindah tangan kepada rakan sekolej yang sudi nak menirunya. 

To make this post short, aku ada satu tabiat buruk yang juga merupakan satu kelemahan, iaitu, suka menangguhkan kerja. Semalam, dalam Jangan Tidur Lagi, Dato Fadzhilah Kamsah dah pesan bahawa orang yang suka menangguhkan kerja ni tiada prinsip hidup, tidak tahu apa dia mahu dalam hidup, takkan berjaya, dan macam2 lagi. Berpandukan kepada peribahasa siapa makan cili dia terasa pedas, maka aku memang dah insaflah. Semalaman muhasabah diri, macam mana nak elakkan this nasty habit of mine. 

Antara kerja tertangguh, ialah Mathematics, Physics dan macam2 lagi kerja dalam rumah ni. Ini tidak termasuklah dengan bil yang kena bayar, terjadi kerana kemalasan untuk ke bank. Di kajang ni nak ke bank pun payah, jauh benar dari rumah, bas pula macam siput khinzir, jadi aku mengharapkan sang insan bernama manusia yang berkereta untuk menghantar aku ke bank atau ke kedai kalau aku perlu ke sana. Terukkan aku?

Sekarang pula sudah pun semester II di kolej tersorok di The Mall, Kuala Lumpur. Malangnya, sikap aku yang lama kembali lagi, iaitu cepat terasa bosan. Aku tak tipu bila aku cakap saban hari aku makin letih, penat, bosan di kolej. Tapi kalau aku tak pergi, alamatnya susahlah aku nak catch up balik tajuk lecture yang diberi. Buat masa sekarang, aku dah terlepas dua kelas chemistry, disebabkan sakit dan pergi ke PNB. Sekarang, memang dah LOST.Aku juga tidak bohong bila aku kata kolej semakin sukar, tapi inilah hakikat untuk menjadi seorang professional. Kalau tak boleh tahan, baik jadi suri rumah tangga sahaja, atau tunggu SPM II (Sijil Peminangan Malaysia). Hehehe. Tapi, siapalah nak kahwin dengan aku kan?

Jadi aku perlulah ikut nasihat Dr Fazhilah Kamsah. Iaitu mulakan kerja yang lain selepas kerja yang lepas sudah selesai, kemudian baru berehat. Mulakan awal, bagi setiap pekerjaan atau rutin. Aku harap aku mampu nak ikut, kalau tak, baik tak payah hidup :(

1 comment:

Anonymous said...

arghh.. tambah penat otak aku bce post ko neyh.. =.=
urrr... penattt!!!