Saya kembali menghidap penyakit itu. Yakni penyakit cemburu. Ia datang, kadang-kadang hilang, kemudian saya sedar, penyakit ini sungguh sukar diubati. Lebih sukar daripada mengubati penyakit tertonggeng sedih akibat putus cinta dengan monyet. Huhu. T.T
Apa yang saya cemburu? Saya cemburu membaca blog-blog doktor yang menjadi penguat semangat untuk terus bermimpi dan bercita-cita untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang doktor pada suatu hari yang indah nanti. InsyaAllah hari itu akan tiba. Tapi, saya sedar, hari itu tidak akan tiba dengan mudah. Susah dan payah, ranjau berduri, ombak yang tinggi dan katakan apa sahaja dugaannya, pasti akan saya tempuhi dengan sabar dan tabah. Amin...
Saya mula tertarik membaca blog Dr Azzad sebab beliau merupakan kelulusan dari Russia. Tempat yang ingin saya jejak suatu ketika dahulu. Saya kagum melihat betapa kuatnya komitmen beliau terhadap penulisan blog walaupun sedang sibuk menjalani housemanship. Saya juga tertarik dengan karya blognya yang terbaru bertajuk "Bukan Sekadar Doktor". Jadilah anda doktor yang intelektual, bukan sahaja memerah otak menghafal buku-buku anatomy, tapi juga rasailah dan terokailah bidang-bidang lain...seperti seni:) Beliau suka teater, saya juga suka teater, cuma tidak pernah menonton teater kerana tiada teman...haha:D
Blog Dr Faizal yang baru saya jumpa semalam, menaikkan keghairahan sanubari menerokai dunia perubatan. Cerita-cerita beliau menangani kes-kes ibu melahirkan anak sungguh tragis, dan menarik. Penulisan beliau jelas menunjukkan beliau seorang doktor yang berpotensi besar. Keunikan blog beliau, adalah penceritaan pengalaman di Hospital Cairo, Mesir, ditambah pula dengan kebolehan bertutur dalam bahasa Arab, jelasmembuatkan saya tidak tidur malam mengamati setiap pengalamannya. MasyaAllah! Menyeronokkan!
Selain daripada cemburu melihat kejayaan dua orang doktor muda ini saya juga cemburu mengingatkan rakan-rakan yang pernah belajar di bawah satu bumbung. Rakan-rakan di President College yang sudahpun menamatkan pembelajaran mereka dan InsyaALLAH akan menyambung pelajaran di Rusia, India dan ada juga ke Indonesia. Rakan-rakan yang akan ke Rusia akan bertolak pada 14 September 2010, dan masing-masing kelihatan teruja. Mereka akan memulakan perjalanan itu, mereka sudah nampak laluan itu, cerah di hadapan. Saya pula baru bermula, bermula dari sifar, gelap sahaja, peluang tipis, hanya ketabahan, kerajinan dan tawaduk menjadi pengiring untuk saya kekal maju, demi impian yang sama, menjadi seorang doktor. Saya yakin Allah ada, walaupun saya tidak akan mengecapi dan merasai pengalaman mereka belajar di luar negara, saya akur dengan takdir. Takdir dan tuah saya mungkin di bumi sendiri. Tanah air tercinta akan saksikan semuanya. Saya cemburu lihat mereka dari jauh, namun saya doakan mereka selamat pergi dan semoga berjaya menggapai impian dan menggalas tanggungjawab yang mulia. Amin..
Cemburu juga saya melihat rakan-rakan yang mempunyai gambar-gambar manis semasa remaja, semasa bersama rakan-rakan mereka di sekolah, pengalaman mereka semasa di sekolah. Orang kata pengalaman menjadi pelajar di sekolah menengah tidak ternilai, mahal sungguh harganya. Benar kata mereka! Saya menyesal tidak menghargai detik-detik manis selaku pelajar sekolah bersama rakan-rakan lama. Detik-detik ketawa indah dan bergelak sakan sewaktu di kelas, dan sewaktu hari terakhir di sekolah. Saya mempunyai sedikit sahaja memori berkenaan itu semua, kerana terlalu sibuk mengejar kemahsyuran mungkin, yang datang buat seketika.
Saya perlu belajar menghargai kehidupan, dan penuhinya dengan segala warna-warni memori pengalaman terindah. Belajar, dan hayati kehidupan, kerana ia hanya datang sekali, kita dipinjamkan ke dunia yang fana hanya buat masa sekarang, kemudian akan hancurnya jasad, dan hanya nama disebut, itupun kalau ada mereka yang mahu menyebutnya. Kehidupan indah hanya dapat dirasai oleh manusia yang menghargainya. Kebahagiaan perlu dicari dan bukannya mudah untuk mendapatkannya. Kekayaan harta itu penting tetapi kekayaan nurani itu lebih mustahak. Cemburu itu lain dari dengki, kerana cemburu membuatkan kita lebih semangat untuk berjaya, manakala dengki membawa kita menjadi pembinasa. Wallahualam.
Disclaimer
The Entity
- dayanaazhar:)
- Kajang, Selangor, Malaysia
- Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)
Welcome Message
And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)
Wednesday, 21 July 2010
CEMBURU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wow..dayana..touching gile aku bace...
huhuhu insyaAllah when i read ur post, i feel like want to post something like ur post here. ur post really2 deep u know.
Post a Comment