The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Friday, 9 July 2010

Kenapa aku tension di saat test menjelma?

Relaxla ....test je ...bukannya final exam...betul tak? Bukannya soalan yang keluar nanti susah-susah, putar belit macam final exam, betul tak? Habis tu, kenapa jauh di lubuk hati, aku rasa takut? Jantung berdegup kencang tatkala mengigatkan seseorang yang kusayang dalam diam test yang akan menjelma dan akan diduduki pada keesokkan harinya, bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari? Satu subjek hanya satu jam je untuk test, tu pun entah berapa peratus akan ditambah ke dalam final...tapi still penting betul tak? Kena study la nampaknya.....COMPULSORY.

Di sini juga, tempat aku luahkan segala yang terpendam dalam sanubari...di mana aku akui aku selalu perlekehkan UiTM...lebih-lebih lagi sejak masuk asasi ni...ada je yang tak kena. Korang boleh refer previous post aku....korang ada tanya tak mengapa budak ni....kerek je...poyo je..macam la bagus sangat kan? Memang aku tak bagus sangat.....jauh sekali boleh dikatakan bijak....ataupun genius...Genius itu tidak penting ya para pembaca sekalian? Baru-baru ni quiz, markah aku bukannya bagus sangat pun, tak dapat pun full marks...walaupun kebanyakan soalan yang keluar aku dah lalui semasa berada di Presco...cis Presco lagi...apa benda nya presco ni, korang tertanya-tanya kan? Aku nasihatkan biar aku sahaja yang tau apa tu presco...ahaks..:(

Esok ada test bio dan math...dua2 aku risau...bio walaupun nampak mudah, tapi kadang2 boleh buat gementar jugak. Aku paling benci structure la, yang glucose, protein semua tu....ish2...aku tak suke lukis benda tu semua, tapi terpaksalah kan? Math pun aku risau...sebab math la aku rasa paling annoying dan melecehkan...kecuali tajuk baru, derivative yang tidak akan masuk dalam test kali ini. Bab function cari domain dan range, bukan main confusing bagi aku...lagi banyak kali aku berbincang dengan rakan-rakan tajuk ni, lagi pening dibuatnya....apa lah kan? *Sigh*
 Aku juga risau untuk Physics....dan Chemistry, pendek kata untuk keempat-empat subjek aku bukannya terer sangat, semuanya uncertain....semuanya nampak kelam, sesiapa yang usaha lebih yang itulah yang akan menggondol tempat teratas dan lebih selamatlah dia...jadi mulai sekarang kenalah Belajar LIKE MAD DOG!! Aku tak suke, hari2 setiap malam, duduk dalam bilik yang sepi menelaah pelajaran sampai lewat malam, sakit pinggang tau tak? Aku perlukan TELEVISYEN....tapi nanti distracted pulak...aish baik takyah...

Sekarang ni, cakap banyak pun tak guna, kenalah tawakal tatkala sudah berusaha, dan berserah sahaja kepada yang MAHA ESA. Minta bimbingan DIA untuk kembalikan semula apa yang telah dipelajari, apa yang telah DIA tunjukkan, apa yang telah DIA berkati semula kepada kita. Mudah-mudahan perjalanan kita ke arah kemudahan untuk menjawab test....dipermudahkan dan diperlicinkan. 

* Living here, studying here in Foundation In Science, always remind me of uncertainty. With lots of intelligent, high potential students, the place to be among the best, is so limiting. I need to struggle, I still see uncertainty. But, even though I cried knowing that it's hard to be among the best, to be a winner among the winners, I still have to STRUGGLE...although I am sick of playing hard, studying hard like what I had encountered in high school. You are right Dr Zul....I am now in a jungle, where trees are high, bushes are everywhere, it is so damp, wet and slippery, and haven't find the true path that reach me to my destiny*

No comments: