Disclaimer
The Entity
- dayanaazhar:)
- Kajang, Selangor, Malaysia
- Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)
Welcome Message
And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)
Friday, 23 July 2010
Sanggupkah?
Sanggupkah seseorang sahabat itu membiarkan cintanya pergi, hanya kerana kawan baiknya juga mencintai lelaki yang sama? Hanya kerana dia merasakan bahawasanya rakannya itu yang berhak mendapatkan kasih-sayang lelaki itu? Hal ini kerana, lelaki itu seorang yang warak, berpotensi menjadi pembimbing yang baik, manakala rakannya pula seorang wanita yang jahil agama, namun mahu kembali ke pangkal jalan. Hati mana tidak tertarik kepada seorang jejaka yang soleh, sopan budi bicara, tatasusila terjaga, bijaksana pula, tetapi tetap tawaduk demi agama yang tercinta? Namun begitu, walaupun hati sahabat tadi telah terpaut pada si jejaka, dan dia tahu rakannya juga begitu, dia sanggup undur diri, kerana dia lebih cintakan rakan karibnya itu. Dia mahu lelaki itu menjadi pembimbing buat rakan karibya itu, demi agama. Padanya, cintanya itu suci namun dia tidak lagi memiliki jejaka tadi, dia sanggup, melihat kebahagiaan orang lain, demi agama :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment