The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Sunday, 14 November 2010

Kerana manusia tak adil

Alkisahnya, terdiamnya seorang Pak Cik tua di sebuah desa permai dekat dengan Ulu Langat. Sungai yang dulunya crystal clear jadi keruh sebab pemodenan. Pak Cik tua ni namanya Jalil. Seorang duda tua, isterinya, dah lama meninggal dunia sejak anak bongsunya Farid dilahirkan ke dunia. Pak Jalil sentiasa berasa bangga, kerana dua lagi anaknya merupakan golongan yang terpelajar dan berjawatan besar di kota besar Kuala Lumpur. Anaknya yang sulung bernama Farhan merupakan bisnesman berjaya. Banyak cawangan pejabat sana sini. Sudah berkahwin dan beranak empat. Tapi jarang sekali balik ke kampung, cuma sekali sahaja dalam setahun. Farhana pula anak keduanya, seorang pensyarah senior di Lim Kok Wing. Sudah berkahwin dengan mat salleh, namun belum ada anak. Hidup memang mewah dan rasa kampung itu kolot.

Farhan dan Farhana merupakan anak emas Pak Jalil. Mereka sekarang sudah berjaya kerana masing-masing pandai. Kedua-duanya sekolah asrama terkemuka. Farhan ada degree manakala Farhana pula ada master. Pokoknya, Pak Jalil memang kembang hidunglah dengan dua orang anaknya itu. Mana tak nya, bila balik kampung, mereka bawa kereta besar. Kereta mewah yang pabila melewati kampung, semua terpegun. Orang kampung kan suka bila ada kereta besar masuk kawasan mereka. Mereka pun kemudiannya puji lah Pak Jalil kerana kejayaannya mendidik Farhan dan Farhana.

Hal lain pula yang terletak pada anak bongsunya Farid. Sekolah setakat SPM jer. Tu pun tak lulus. Dah berumur 25 tahun tapi tak de kerja tetap. Naik motor pun, motor kapcai. Pak Jalil tidak tahu apa nak dibuat dengan anak bongsunya itu. Memang lain benar dengan abang dan kakaknya. Belajar tak pandai, muka tak lawa dan tak berduit pulak tu. Satu hari.....

"Eh kau ni! Takkan nak menyogok duk rumah, tak reti nak kerja ke?" tegas Pak Jaliil.

"Camne nak kerja. Takda orang nak ambik Farid. Nantilah Farid cuba kat kilang kat penghujung kampung ni esok," terang Farid, sambil menguji motor kapcainya. 

Maka, esok tu Farid pun pergi cari kerja kat Kilang Kotak depan kampung. Mujur dia dapat, tapi gaji memang lah rendah. Tapi Farid tak kisah. Asalkan ada lah sikit duit masuk.  Tapi Pak Jalil tak suka. Pak Jalil rasa Farid tu memang tak guna, setakat kerja kilang, apalah sangat kan?

Memandangkan Farid terpaksa kerja syif malam, dia duduk dekat rumah Pak Lang yang memang berdekatan dengan kilang tu. Dia kerja keras. Mahu kumpul duit, maklumlah nak masuk kahwin dengan buah hatinya, Wani. Setiap masalahnya diadukan pada Wani. Dia rasa bertuah masih ada Wani, oleh itu dia rasa sudah masanya dia mengambil Wani sebagai suri di hati. 

Dekat sebulan kerja, Farid sudah dinaikkan pangkat jadi supervisor. Mungkin bos kat situ senang dengan kerja Farid. Pak Lang datang ke kilang itu pada suatu hari untuk berjumpa dengannya. Rupa-rupanya kedatangan Pak Lang adalah untuk memaklumkannya tentang keadaan Pak Jalil yang sakit di rumah. Pak Jalil terjatuh di bilik air dan kakinya lemah. Pak Lang menyuruh Farid pergi balik kampung dan jaga ayahnya sahaja.

Farid mulanya rasa enggan. Dia sayang akan ayahnya, tapi dia rasa ayahnya yang benci akannya. Apa sahaja yang dia buat, semua salah. Ada sahaja yang tak kena. Tapi, bila dinasihati oleh Pak Lang, mahu tak mahu, Farid mengambil langkah kanannya untuk menjaga ayahnya. Manalah tau suatu hari nanti semuanya akan jadi elok. Mak dah tiada, ayah je la yang tinggal. 

Maka Farid pun pulang ke kampung. Ayahnya menyambutnya dengan dingin. Senyum pun tidak. Malah tanya lagi kenapa dia pulang. Farid tidak mempedulikan ayahnya, lantas ke bilik. Lalu, dia ke dapur. Dilihatnya apa pun tiada untuk dijamah. Farid dapat merasakan ayahnya lapar. Dia pun ambil beras, basuh dan tanak. Dua biji telur digoreng. Ikan di dalam peti sejuk dikeluarkan, pabila sudah nyahbeku, digorengnya. Hanya itu sahaja kebolehannya dalam memasak. Oleh itu, dia keluar sebentar ke gerai yang tidak berapa jauh dari rumah, untuk membeli sup tomyam. Dia senyum kerana tahu ayahnya mesti lapar.

"Ayah meh sini. Jom makan! Ni Farid dah masakkan nasi untuk makan tengah hari." jemput Farid.
Lalu Pak Jalil pun datang perlahan-lahan ke dapur. Namun dia berlagak sombong dan tidak mahu makan. Farid pujuknya lagi, namun dia masih degil tak nak makan. Jadi Farid pun makan sendirian. Tapi malam itu, dalam diam, Pak Jalil ke dapur dan makan semua makanan yang telah disediakan. Farid yang masa tu terdengar sesuatu dari dapur, bangun, dan tersengih melihat gelagat orang tuanya itu. " Haha! Makan jugak dia", katanya perlahan.

Farid selama di kampung, disuruh ayahnya menguruskan kebunnya yang di belakang rumah. Banyak betul hasil di kebun. Pokok pisang semua dah berbuah. Farid cuba untuk membersihkan lalang di kebun ayahnya, tapi selama dia di situ, dia selalu terasa pening. Pening sehingga pitam. Nasib baik, Pak Langnya juga ikut. Lalu dia di bawa ke klinik.

Doktor mengesahkan Farid menghidapi tumor otak. Perlu dibuang segera, tapi kosnya mahal. Sesampai di rumah, Pak Jalil kelihatan terbaring di ruang tamu. Farid datang dekat kepada ayahnya, dan diurutnya kaki ayah. Air matanya berlinangan. Kenapa ayah tak pernah sekali pun senyum padanya? Kenapa ayah tak pernah hargai apa yang dia buat selama ni? Adakah kalau aku mati ayah akan lebih gembira? Semua persoalan itu timbul tiba-tiba.

Keesokannya, Pak Jalil ke Tabung Haji di pekan. Hasratnya untuk menunaikan haji tidak boleh dilaksanakan lagi. Duit masih belum mencukupi. Pak Jalil kelihatan sedih. Wajahnya muram. Setibanya dia di rumah, dia terduduk di sofa di ruang tamu. Membelek buku tabung hajinya sambil mengeluh, tanpa mengetahui Farid sedang melihatnya dari dalam biliknya yang bertirai. Kenapa ayah muram? Tanya Farid di dalam hati.

Saban hari pening Farid memburuk. Kerap muntah-muntah. Farid lantas ke hospital pula. Doktor di situ memberitahu bahawa jangka hayatnya mungkin tinggal hanya 1 bulan lagi. Farid menyebut YA ALLAH!. Singkatnya hidupnya. Dia menangis. Bagaimana dengan ayah? Bagaimana dia nak kahwin dengan Wani? Bolehkah semuanya selesai dalam masa yang begitu singkat ?

Farid sudah berfikir panjang semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Dia harus memutuskan perhubungan cintanya dengan Wani. Gadis manis yang dikenalinya sejak di bangku sekolah tidak pernah tidak setia. Wani menjadi cinta pertamanya dan ya, mungkin yang terakhir. Dia tidak boleh kahwin dengan Wani. Tidak mahu dia lihat Wani terseksa jadi janda muda. Hidupnya masih panjang bukan seperti dirinya yang di hujung rambut. Esok paginya, Farid ke rumah Wani. Seperti biasa Wani rasa gembira. Tapi senyumannya kembali pudar tukar menjadi masam mencuka apabila, semuanya hancur. Farid minta putus. Katanya, sudah ada gadis lain yang lebih baik. Wani menangis teresak-esak, ditamparnya Farid lalu dia lari ke dalam rumah. Farid lihatnya tanpa mampu berbuat apa-apa. Selamat tinggal Wani! serunya perlahan.

Beberapa minggu kemudian, Farid sering berada di rumah. Memasak, mengemas rumah dan dia juga sering berkebun. Wangnya bila dikira semula sudah ada RM10000 di bank. Tetapi hari tu Farid ada terlihat ayahnya memegang buku tabung haji sambil bermuka muram dan bersedih. Farid dalam diam menyelongkar almari ayahnya ketika ayahnya sibuk menghadiri kuliah agama di surau. Dilihatnya duit untuk mengerjakan haji tak cukup. Tiba-tiba telefon berdering. Kakaknya, Farhana yang telefon. 

"Assalamualaikum, ayah! Nak cakap sikit!" kakaknya berkata.

"Waalaikummusalam, kak! Ni Farid. Ayah kat surau. Ada apa kak?" tanya Farid

"Oh kamu! Bagus jugaklah. Eh nanti tolong kasi tau ayah, akak tak bolehlah masukkan RM 5000 dalam akaun tabung haji dia tu. Akak kena pakai duit. Abang Farhan pun cakap tak boleh. Maklumlah, akak baru beli kereta baru dengan abang Mark. Abang pulak ada kat Jerman sekarang. Suruh dia pegi haji lain tahun je la okay?" kata akaknya....dengan cepat bagaikan peluru.

"Oh...ala akak, takkan tak boleh tolong ayah!" seru Farid.

"Eh. memang tak boleh. Oklah Rid, akak ada lunch ni. Bye. Kirim salam kat ayah". lalu diletaknya gagang telefon. Putuslah talian.

Farid terdiam. Duit banyak dapat tiap bulan, langsung takda duit nak tolong ayah? Farid lalu, terus ke tabung haji. Dia menyalurkan RM 10000 lagi kepada akaun ayahnya. Semua wang simpanannya dapat digunakan ayah untuk menunaikan hasratnya, untuk ke Mekah menjadi tetamu Yang Esa.

Keesokkan paginya, Pak Jalil terkesima. Pegawai Tabung haji telefon, memberitahunya bahawa semuanya sudah beres. Dia sudah boleh ke Mekah. Dia terduduk senyum girang. "Mesti Farhana dan Farhan ni tolong aku. Syukur aku ada anak seperti mereka tu!" kata Pak Jalil sambil tersenyum mesra. Sudah terduduk lama, tiba-tiba dia rasa mahu minum kopi. Dipanggilnya Farid untuk ke dapur membuatkannya kopi. Tapi panggilannya tidak dijawab. Mukanya kembali garang.

WOI FARID!! jerit Pak Jalil. Dia lantas bangun, lalu menjenguk ke bilik Farid. Terlihat Farid sedang terbaring, terjujur kaku di atas katilnya. Pak Jalil menolak bahu anak bongsunya itu, namun tiada respon. Dia tukar dari marah kepada risau. Di rasakannya nadi dan nafas Farid melalui hidungnya, namun tiada apa. Farid pucat. Lesu di atas katil. Sebenarnya Farid sudah pergi. Pergi kepada yang lebih menyayanginya. Pak Jalil teriak sedih. "YA ALLAH....INNALILLAH!" jeritnya di dalam hati.

Satu kampung datang memberikan penghormatan terakhir. Wani turut datang, kelihatan sugul. Baru dia tahu apa yang sebenarnya terjadi. Pak Lang Farid, memberitahunya segala-galanya. Dia tunduk faham. Pak Jalil turut sedih tapi dia redha. Dia juga gembira kerana mampu sudah untuk ke Mekah. Farhana dan Farid yang ada di situ, kelihatan pucat, sugul. Adik mereka pergi begitu sahaja. Pak Jalil mengucapkan terima kasih kepada mereka. Dia anggap duit RM10000 tu datang daripada anak-anak yang selalu menjadi kebanggaannya. Dia selalu rasa mereka tu jauh lebih elok berbanding Farid.

"Duit? Duit apa ayah? Bukankah kami dah bagitau kat Farid. Kami tak boleh bagi duit tu. Takda duit sekarang?" respon Farhana dengan muka kelihatan hairan.  

Farhan juga pelik. Bagaimana duit banyak tu tiba-tiba muncul dalam akaun ayahnya? Siapa pulak yang baik hati nak bagi  duit banyak macam tu, tanpa bagi tau? 

Pak Lang mereka kemudian menyampuk perbualan mereka. Dia memberitahu mereka sebenarnya Farid yang memasukkan duit sebanyak tu dalam akaun ayahnya. Dia tidak sanggup melihat ayahnya muram dan bersedih. Dia mahu terus mengukirkan senyuman pada ayahnya. Dan, dia meninggal pun sebab dia ada tumor di otak. Duit tu sepatutnya digunakan untuk merawat penyakitnya, digunakan untuk kegembiraan ayahnya.

"Jalil, kamu bertuah ada anak seperti  Farid. Semoga Allah menempatkkannya di tempat mereka yang beriman!" kata Pak Lang tegas.

Pak Jalil berguguran air mata. Anaknya yang dulu disangkanya selekeh dan menyusahkan, akhirnya telah berbakti besar kepadanya. Waktu dia lemah sakit, Farid la yang datang, tolong dan menjaganya. Dia pergi tanpa mampu Pak Jalil lihat semua jasanya. Alangkah ruginya Pak Jalil, pada akhirnya.

>>>p/s: we always look down on some people who actually worth so much for us. instead we tend to run over for those who never cares. what we can learn is that, always appreciate those who are around us.<<<






















2 comments:

fawz@n said...

great story!
and yes,i totally agree with ur p/s.

dayanaazhar:) said...

yup. actually it's from what I heard from my mom. thanks:)