Niat tu penting bak kata seorang motivator dalam program muqadimah di tv9. Apa-apa pun yang manusia buat di muka bumi ni perlu niat. Seperti juga berpuasa. Cuba kita renung-renungkan bersama. Masa bulan Ramadan, tatkala habisnya solat tarawih, Imam suruh sekalian jemaah membaca niat puasa pada keesokkan harinya. Kenapa? Saje-sajekah disuruh begitu? Jawapannya tidak. NIAT itu memberi suatu perangsang dan kekuatan rohani untuk memulakan sesuatu perkara atau pekerjaan atau ibadah. Dengan niat puasa yang kita selalu ucapkan tatkala habis tarawih atau sebelum bangun sahur itulah yang menjadi penguat semangat untuk menahan nafsu kelaparan dan nafsu yang lain-lain sewaktu bulan Ramadan.
Cuba kita tengok pula usaha yang kita selalu lakukan untuk berpuasa sunat atau ganti puasa. Apabila berpuasa pada bulan selain bulan Ramadan, jarang sekali kita akan berpuasa dengan berniat nawaitu kerana Allah Taala dulu sebab sudah jadi satu kebiasaan, maka apabila terbitnya fajar keesokkan harinya, maka mulalah kita terasa lapar dan dahaga walhal baru pukul 9 pagi. Perut dah mula berkeroncong lantas banyak kali puasa sunat atau ganti puasa itu terbatal kerana dek tak tahan lapar dan dahaga. Niat itu pada mulanya tiada sebab itu sukar untuk berpuasa.
Selain daripada Puasa, ada banyak lagi ibadah yang kita diharuskan untuk membuatnya, seperti sedekah. Tapi kebanyakkan manusia lebih suka publisiti daripada sedekah itu walaupun pada dasarnya dilakukan kerana keinginan atau niat dalam hati. Tapi niat yang suci muda dihitamkan dengan rasa ingin dikenali dan ingin dipuji. Ada satu kisah dimana terdapat sekumpulan rakan pergi ke foodcourt di sebuah tempat untuk mengalas perut. Dah menjadi kebiasaan di mana selalu sahaja ada peminta sedekah datang meminta bantuan dari satu pelanggan ke pelanggan yang lain di foodcourt. Seorang lelaki tua yang uzur datang kepada seorang lelaki dalam sekumpulan lelaki yang sedang makan tadi. Lelaki tua itu meminta dihulurkan sedikit wang kerana kelaparan. Lelaki yang sedang makan itupun marah-marah orang tua tersebut kerana mengganggu ketenteramannya yang sedang syok menjamu makanannya. Tapi dalam kemarahannya itu, dia sempat menghulurkan sehelai duit bernilai RM50!
Kawan-kawan lelaki tadi terkejut beruk melihat kawan mereka sorang tu. Mula-mula marah tapi bagi jugak duit, besar pulak tu nilainya. Selesai makan, seorang rakan kepada yang menghulurkan duit tadi bertanya, kenapa sheikh bagi duit tu kasar sekali? Kan elok kalau bagi dengan sopan...
Maka lelaki yang dipanggil sheikh itu pun menjawab....
'Aku saje je bagi duit tu macam tu kat orang tua itu. Sebabnya, kalau aku bagi duit tu elok-elok, nanti aku akan tenggelam dengan pujian. Aku tak mahu niat aku yang baik jadi buruk disebabkan pujian kawan-kawan yang lain. Tadi aku lega sebab dapat beri orang tua itu serba sedikit daripada rezeki Allah kepada aku'
Sebab mahu jaga diri daripada dibelenggu rasa bangga kerana dapat menghulurkan bantuan kepada lelaki tua tersebut, lelaki yang bernama sheikh itu sanggup berpura-pura kasar. Macam tu jugalah dengan kita, janganlah disebabkan niat yang baik kita berubah menjadi bangga atau riak. Dan niat itu datangnya daripada hati tapi malangnya selalu berubah menjadi titik hitam disebabkan sifat buruk mazmumah dan nafsu.
No comments:
Post a Comment