Sabar itu separuh daripada iman. Kuatkan diri apabila melihat kejayaan orang lain. Kejayaan dan kegagalan itu datangnya daripada Allah S.W.T. Kedua-duanya merupakan ujian untuk menguji keimanan seseorang itu. Jangan bersedih wahai diri.
Tatkala marah atau buntu atau iri hati yang terlampau, pandang langit dan lihat sekeliling. Lihat kebesaran ciptaan Allah S.W.T dan ingat, diri milik DIA jua. Kembali kepada Allah S.W.T, kerana DIA merupakan sebaik-baik tempat bergantung. Manusia hanya mampu sujud.
Tatkala diri rasa kurang berguna, atau telah berdosa kepada sesiapa, sujudlah pohon keampunan. Sesungguhnya Allah itu Al-Ghaffar yakni maha pengampun. Cuma jangan sesekali ulang dosa tadi. Elakkan kemurkaanNYA.
Yang penting dalam hidup, pabila suka dan duka, cara terbaik untuk menghadapinya adalah dengan banyakkan doa, lazimkan diri berzikir, dan berselawat ke atas Nabi S.A.W. Itu sahaja mampu menenangkan jiwa.
>>p/s: sedikit peringatan buat diri sendiri, dan anda juga yang sudi meninggalkan jejak di sini.<<<
1 comment:
I like! :)
Post a Comment