The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Tuesday, 17 January 2012

Realiti Belajar Jarak Jauh

Hai. Saya pelajar jarak jauh. Belajar di offshore campus perubatan yang terletak di sebuah perkampungan di India, bernama Belgaum.

Hari ni, dua orang pensyarah dari kampus USM malaysia datang menjengah. Salah seorang daripadanya memang saya dah pernah ketemui di USMKK sewaktu orientasi, dimana beliau bilang mengenai TITAS. Seorang lagi pula pensyarah keusahawanan.

To make things short, hari ni pukul 5 ptg, selepas dissection mereka datang menjengah kami bebudak first year. Menayangkan contoh powerpoint dan contoh profil usahawan yang ada. Baru tau kalau pelajar jarak jauh, kod kursus bukan lagi WUS, tetapi JUS. LOL.



Ada banyak perkara kena tukar. Profil usahawan yang dulunya kami ingat buat satu muka surat sekarang kena buat dalam 3 muka surat atau lebih. Maka, kami pun berang, dan masing-masing cakap kenapa bukan satu muka surat. Tiba-tiba, pensyarah tersebut berkata,

'Kalau anda mahu buat satu muka surat, tak jadi masalah. Tapi anda kena bukak stall usahawan macam kat USMKK'

Dan yang ironinya, ada juga kepala-kepala pemalas nak taip pakai komputer canggih yang mahu susah payah bukak stall. Tidak tahukah mereka bahawasanya, hari-hari kami di sini sudah penuh dengan aktiviti. Pagi petang kelas, then ada latihan utk SAMUDRA, then nak belajar lagi. ISH3. Banyak pulak saya merungut, sedangkan dulu ye ye nak ambik kursus kedoktoran ni. Almaklumlah glamer kan?

Bukan itu sahaja, yang menyakitkan hati lembut saya. Bahkan, banyak perkara perlu di alter sebab nak dapatkan A untuk kursus ini. Dan, yang paling seronok, esok ada exam keusahawan. Malam pulak tu. Bestkan sejuk2 pergi kampus? Bolehla test ada asap keluar tak waktu borak2, ye dak?

So malam ni, dgn pada mulanya happy sebab ingat boleh menelaah sedikit pasal jantung manusia, tiba-tiba kena belajar pasal bisnes. Best kan? Suka buat surprise, and yeah saya memang suka surprise. Lain kali buat lagi ye!

Apa-apa pun, hopefully ramai orang tenangkan diri walaupun banyak perkara kena ubah. Memang sakit hati tengok pensyarah keusahawanan tu datang, pastu sempat melawak, padahal kami yang kena buat kerja last minute. Ish2. Maksudnya, cuti raya cina terbuang aje sebab kena membetulkan proposal kami....

But people!! relaxla...I am telling this to myself. Ini baru scene kecil dan remeh jika nak dibandingkan dengan scene yang lebih mencabar waktu kerja nanti. Allah uji macam ni sebab tau kami mampu. Percaya sahaja kepada Allah yang Esa. 


Berkata Abdullah bin Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:“Demi Allah yang tiada ilah yang haq kecuali Dia, tiada seorangpun berbaik sangka kepada Allah, melainkan Allah akan memberikan sesuai yang disangkanya, karena kebaikan ada di tangan-Nya.” (Atz-Tadzkirah, Imam al-Qurthubi))



>>p/s: type dalam bahasa malaysia kerana rindukan Malaysia to the max. Pergh baru 4 bulan, chillax laaa! <<

No comments: