Haha, so semalam tercapai gak impian nak tonton Alice In Wonderland, walaupun pada mulanya macam malas nak tonton sebab penat, tapi selepas beberapa kali kene paksa dgn Shishin (my sis) barulah aku setuju.
Jumaat memang best kalau nak keluar, sebab orang tak berapa nak ramai. Aku dari awal dah book ticket, I mean pagi2 sebelum korang semua masih membusuk di atas katil, aku dah call GSC untuk reserve tickets. Pada malam sebelum tu, aku hampir nak naik angin sbb ticket dah fully reserved, nasib aku baik pagi tu. Aku mmg suke reserve ticket kalau nak tgk wayang, sebab takyah nak beratur panjang2. Sampai je kat cinema, terus mintak ticket, pastu bayarlah, walaupu kene extra rm1.00 -.-. Heh, lantaklah asalkan tak leceh beratur pnjang2.
Aku dan Shishin pergi Midvalley untuk tgk Alice, sbb ada set Alice in Wonderland, bolehlah tangkap gambar kat situ kan? Hehe, jacoon lak aku ni....Kami sampai sebenarnya lambat, sebab patutnya masuk panggung at 11, but jadi kul 11 lebih lak, tapi still sempat tgk starting of the movie. Yang kelakarnya, belum separuh pun cerita tu, popcorn dah nak habis. Hahaha.
Pada aku Alice In Wonderland ni ada pros and cons. I mean semua movies pun mesti ada kebaikan dan keburukan. Kebaikan or kelebihan cerita ni, ialah jalan ceritanya, yang lebih kreatif daripada the normal Alice. Tak dilupakan juga kepada watak Alice oleh Mia Miskowsky yang memang sesuai sesangat. Mia ni mula2 aku pertikaikan jugak kewibawaannya sebagai Alice, sebab muka dia yang pucat lesi, macam mengantuk je sepanjang masa, tapi bila dah ikut and blend dgn movie ni, Mia memang sesuai jadi Alice. Watak Mad Hatter pada aku taklah menyerlah sangat, tapi Johny Depp mmg sesuai. Helena pun best sebagai red queen, menakutkan! Babak dengan katak masa kes kecurian tart memang syok habis. OVER THE HEAD!~ BY red queen, maksudnya 'pancung kepala dia'!!~
White queen, oleh Anne Hathaway pun best, tapi terlalu over. Hahaha...tapi cerita ni lebih banyak menekankan bagaimana Alice ni kirenya macam the chosen one untuk bantu Wonderland, or Underland daripada kecaman kuasa kuku besi Red Queen yang kepala besar ni. White and Red Queen ni kire pewaris takhta Underland, tapi White Queen yang ditabalkan sebagai pemerintah. So, bile Red Queen marah dan jealous, dia pun hancurkan kerajaan White Queen. Dalam kalendar kerajaan ni pulak meramalkan yang hanya Alice boleh menyelamatkan keadaan dengan membunuh Jabberwocky iaitu naga kesayangan Red Queen. Maka, sebab itulah arnab berkot susah payah cari Alice semula. Kiranya, Alice In Wonderland yang ni, sekuel lah kepada Alice yang dulu.
Overall, aku bagi 3/5 markah untuk Alice In Wonderland:) Tak rugi tengok:)
P/S: naik KTM dari MidValley menyeksakan JIWA
1 comment:
aku suke watak red queen ni. Hua3..
time katak je pun yang kelakar, yg laen terasa nak tidor.
aku suke tengok white queen tu jalan. hahaha! memang macam watak queen la.
warna dlm tuh melebih2..tak suke. lipstik pon dah macam hitam jer warnanye. haha!
p/s: baru tengok smlam.. >.<"
Post a Comment