Saya agak kehairanan bila ada sesetengah pelajar sekolah takde impian nak masuk kolej atau Universiti. Lebih pelik lagi, impian mereka untuk cari kerja dan lepaskan pelajaran. Saya rasa matlamat tu 'overrated' dan terlalu rakus.
Tapi bila fikir semula, bukan semua manusia ke menara gading berjaya dalam hidup dan bukan semua yang tak masuk Universiti tu 'end up' teruk hidup mereka. Dengan SPM, actually, dah boleh dah cari kerja kat butik-butik antarabangsa, macam Zahra, Adidas, Giorgio Armani, Top Shop dan you name them! Just nail the interview and wear nice of course. Biasanya mereka yang berjaya dapat kerja kat tempat-tempat top class seperti Pavi dan Bangsar ialah golongan yang bergaya sakan. Ala-ala model, or Teenage Vogue. Sorry that I am not. Hanya berjaya dapat kerja kat Secret Recipe, Dome dan sebuah kedai mainan di Gardens. Tapi semuanya ditolak kerana saya betul-betul nak ambil medicine. WOHA!
Saya ada kenalan, seorang trainee manager kat 7 Eleven Kajang Utama, gajinya boleh tahan dalam RM1200 juga dan keuntungan sehari untuk kios Kajang Utama sahaja boleh cecah hampir RM10000 sebulan. Best tak? Anak tauke 7 Eleven lagi best ehehhe. Teman lelaki akak trainee manager ni, seorang supervisor di Butik Guess Pavi (rasanyalah :p), dapat gaji cecah RM3000 jugak sebulan. Kerja rasanya tak susah kut, but mesti pandai dealing with customers and make sure the money is rolling from the sales. Kawan saya, sebaya kerja Dome for 3 months, gaji dekat RM4000 jugak, best tak? But not everyone is calculative.
Lagi-lagi? Pak Jang saya juga ada seorang kenalan sekolah, yang sebenarnya bijak pandai tapi malas nak attend sekolah. Sekarang kenalan beliau tu dah jadi jutawan berpangkat besar lagi, walaupun padahal asalnya bisnes seludup beras daripada Siam, teka siapa kalau pandai? Hehehe....Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhary ialah jawapannya. Dan ramai lagi actually, contoh lain paling mudah, Dato Siti Nurhaliza. Ada SPM sahaja, tengoklah beliau sekarang kat mana? HAHAHA.
Anyhow, everything depends on luck and rezeki. Ketentuan Allah kita tak dapat persoalkan. But these days, nak masuk Universiti bukan senang. I mean nak masuk senang, tapi nak dapat course yang kita nak and Universiti pilihan tu sukar sekali. Ini serious!! Harap adik-adik yang hingusan kat luar sana, cubalah betul-betul study smart, especially yang tau mak ayah tak berapa mampu tanggung kos yuran yang mahal.
And also these days, nak secure jalan yang mampu ubah hidup bergantung pada segulung sijil ijazah atau diploma. Ijazah is better, PhD is the best. Bahkan UKM sekarang pun select pensyarah yang ada PhD sahaja. Ingat senang nak jadi pensyarah? Tak senang ye adik-adik. Kerja memang nampak senang. Kemahiran penting juga, contohnya menjahit, memasak, mengukir (eh?), dan apa jua kemahiran pun boleh. Kalau nak dilihat, golongan berpendapatan sederhana di US pun usually sara hidup dengan kemahiran mereka. But seriously, I too lack kemahiran, my best kemahiran right now, according to my mom is bancuh kopi and nescafe and making cornflakes easy honey treats. HEHEHE.
Okay, so back to the point, saya sebenarnya nak cakap dewasa ni susah dan bukannya senang. Dewasa ialah waktunya kita harus tanggung dosa sendiri, berani ambil risiko, berhadapan dengan krisis Peer Pressure and Family Pressure yang bertambah parah, memikirkan soal masa hadapan seperti, dalam 10 tahun akan datang what will I be, if I get married, how many kids I wanna bear?, what house I wanna buy, and kemudian timbul isu kereta la and all sorts of bills. (FUHHHH). Contoh, saya berhadapan dengan situasi menghadapi dewasa yang gerun semasa SPM (PRESSURE GILA) and also waktu JPJ nak dapatkan lesen. Tapi saya fikir ambil lesen lebih payah. Blame me for my lack expertise in skills. I can't even press the clutch right. Sedih tak? Bahkan sampai sekarang saya tiada lesen lagi, lantas menyusahkan saya untuk bergerak 'hangout' dengan rakan-rakan. Whatever it is, still ada hikmah; iaitu mengelakkan saya daripada kebiasaan keluar rumah, and go to driving thru for some fast food treats. TEHHEE :D But jealous lihat sepupu lebih muda bawa kereta BMW X6 ayah dia. COOLIOOO!
Then, bila dewasa juga, kita perlu sediakan mental dan fizikal yang FIT untuk berhadapan dengan prosedur melecehkan untuk mendapatkan tempat di Universiti dan untuk apply for scholarships. Apabila syukur telah dapat kedua-duanya, time to get ready to pack, ready to go. Di sini, timbul pula masalah shopping. Dan untuk belajar ke luar negara, memang best, tapi bab packing masa nak pergi sungguh sadis. Banyak barang untuk dibawa. Baju, seluar, more baju, tudung, inner wear, toileteries, shoes ( 3 pasang kesemuanya!!-untuk kelas, untuk exercise babe! dan untuk event penting), maggie 2 jenis, serunding, 3 IN 1 drinks, and more and more things, termasuklah sweaters, socks, telekung, laptop, notebooks, stationeries. And there're some stuff to be listed too.
Bila nak masuk Universiti juga, penting juga fikir pasal yuran. Terutama bila nak pergi overseas kena fikir, harus ada berapa RUPEE dalam tangan, berapa dollar, dan sebagainya. Nak fikir pasal currency converter lagi, pasal subscription to Broadband dan macam-macam lagi. Ayah dan ibu turut sama merasa penat lelah semua ni, bahkan mereka lebih penat. Kasihan tak kat mereka? Dan semua barang yang nak dibawa tadi, dibeli atas duit mereka cari selepas kerja bertungkus-lumus. Kasihan tak mereka sebab belanja banyak untuk kita seorang? Sedangkan tanggungan untuk adik-adik yang lain masih ada. Waktu inilah, dapat lihat sukarnya menjadi ibu bapa.
Hatta, nak disimpulkan bahawa hidup ni bukannya mudah, tetapi setiap sesuatu yang tidak mudah itu, terselitnya kemudahan. Hanya Allah yang mengetahui. Also, dewasa juga menjadi pertempuran sebenar untuk membentuk diri, menjadi acuan yang baik untuk bekalan ke hari tua. Tentang dewasa dan kolej: suatu permulaan sebenarnya. Kerja belum lagi ni.
>>>p/s: Dr Mazlan did tell me that learning medicine is EASY, Practice is HARD<<<<
No comments:
Post a Comment