(Cerita ini tidak mengaitkan sesiapa sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia)
Aiman merupakan seorang pemuda yang dulunya jahil tentang agama. Solat lima waktu langsung tidak pernah ditunaikannya sebelum ini. Mana tidaknya, hari-hari sibuk dengan urusan kuliah, berpersatuanlah dan macam-macam lagi. Solat Jumaat pun kadang-kadang dia ponteng sebab dia tidak suka dengan khutbah panjang berjela.
Suatu hari hatinya dipanah dengan anugerah rasa cinta dan suka terhadap seorang wanita di kafetaria sekembalinya daripada kuliah. Boleh diibaratkan wanita itu sebagai cinta pandang pertamanya, kerana sekali sahaja terpandang senyuman wanita itu, jantungnya bagaikan terkena saluran elektrik yang mengejutkan, berdegup kencang tidak terhingga, sehinggakan....
"Woi Man...kau tgk ikut celah lutut ke???!! Tengok tumpah kuah lemak tu kat baju aku ni!" sergah kawannya. Tanpa dia sedar, tatkala menikmati keayuan senyuman wanita itu, dia telah menumpahkan kuah lemak gerai Anggoi ke atas baju kawannya Saifullah.
"Sorrylah wei. Nanti aku bagi kau pinjam baju baru aku. Relaxla..." kata Aiman selamba. Mereka berdua terus pi bayar nasi berlauk mereka itu, walaupun riak muka Saifullah agak masam mencuka kerana geram bajunya kotor kekuningan dek kuah lemak. Cepat-cepat Saifullah mencari tempat duduk kerana malu ramai orang memandang kearah dirinya yang comot itu. Pada masa yang sama, Aiman ketawa tapi lirikan matanya masih memandang ke arah si wanita tadi...sambil senyum kambing.
"Tgk perempuan kat gerai Mak Limah tu. Cantik and cun la. Kau kenal tak dia?" tanya Aiman..
"Yang mata bulat, tudung cam ustazah warna biru tu ke??" jawab Saifullah
"A ah...yang tu la. Aku rasa aku suka kat dia la...sape eh nama dia?" Aiman teruskan bertanya...cuba dapatkan nama si dia yang tiba-tiba terpanah di hati.
"Tulah kau Man, asyik melayan kau punya persatuan la, study banyak sangat...dia tu sekuliah dengan kita bro. Nama dia Salmah. Selalu dia organize program agama hari Jumaat, tapi utk budak perempuan je la" jawab Saifullah.
Salmah, seorang gadis yang ayu, kulitnya gebu, tidak tercela...flawless. Bila dia jalan, tertunduk malu tapi mukanya tidak lengang dengan senyuman yang manis. Malam tu, Aiman tidak leka memikirkan Salmah....alangkah bahagianya kalau dapat kenali Salmah dengan lebih dekat...
Azan berkumandang di kawasan kampus....tanda masuknya waktu Maghrib. Aiman walaubagaimanapun tidak langsung menunjukkan keinginannya untuk ke musolah. Masih lagi belum mandi dan sedang menghadap skrin IPADnya.
"Weh orang kaya!! Jom pi solat...malam ni ada tazkirah mingguan. Mana tau boleh jumpa si Salmah sayang kau tu" ajak Saifullah....
"Eh, Salmah?? Dia selalu pi musolah ke??" tanya Aiman mata terbeliak kegirangan...
"Ish kau ni! Solat tu kan tuntutan...lagipun jemaah ni banyak pahala bro. Salmah tu selalu gak pi musolah...sebab dia terlibat sama dalam ceramah-ceramah agama kat situ" terang Saifullah
"OKAY!!! Aku siap jap...tunggu eh!" sepantas kilat si Aiman tukar baju, memakai kopiah putihnya yang selama ini terbiar sahaja di celah bawah katil dan menyarung kain pelikat berwarna merah dan hitam, petak2...=.='
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Musolah pun bukannya jauh, ada lah dalam 60 langkah untuk ke sana. Aiman tak sabar-sabar...tapi bukannya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Yang Esa tetapi untuk jumpa dengan Salmah yang jelas haram baginya.
"Ala Man. aku nak ke toilet la...kau pi dulu la eh...!" tiba-tiba sahaja Saiful ada bisnes hendak diuruskannya...
Aiman mula tak keruan...dah la selama ini langsung dia tak pernah menjejakkan kaki ke musolah. Mesti rasa pelik dan kekok...macam mana ni...nak pegi ke tidak? Aiman bermonolog sendirian...tapi kalau pergi dapatlah jumpa Salmah....
Sedang jalan...tiba-tiba kakinya terasa sakit. Sakit yang menusuk...darah keluar melalui tapak kaki. "Arggh...terpijak paku pulak" jerit Aiman kesakitan...tapi nasib baik, dia mampu lagi untuk meneruskan perjalanannya ke musolah...walaupun musolah itu nampak dekat, tapi terasa jauh ya amat. Saiful pula tak kelihatan langsung...lama betul ke tandas. Aiman rasa sakit...darahnya tak berhenti...dia terjatuh...tiba-tiba datang seorang lelaki...
"EH..berdarah tu kaki! Terpijak ape?" tanya lelaki itu. Aiman menjelaskan apa yang berlaku. Lelaki itu memapah Aiman...tapi dia tidak kelihatan seperti mahu mengerjakan solat. Bajunya berwarna hitam, seperti jubah panjang. "Kau ni siapa? Nak pegi solat jugak ke??" Tanya Aiman. Peliknya, lelaki itu langsung tidak menjawab....dia papahnya Aiman dan mukanya kelihatan agak bengis. "Kau boleh solat ke? Kaki pun sakit, macam mana nak solat. Baik kau duduk je kat bilik...solat sendiri pun boleh," kata lelaki misteri itu tanpa menjawab persoalan siapakah dirinya.
"Tapi aku kena pergi solat, lagipun dah nak dekat sampai, buang masa lah aku patah balik" jelas Aiman.
Lelaki misteri itu papah Aiman sampai ke luar pintu Musolah..."Aku hantar kau sampai sini sahaja..."
"Kau tak solat sekali ke..dah alang-alang sampai ni? Kau siapa pun aku tak tahu", tanya Aiman.
"Tapi aku tak boleh...." jawab lelaki berpakaian hitam itu.
"Eh kenapa pulak...?" tanya Aiman bebingungan.
"Sebab .....aku
SYAITAN! Aku dilaknat masuk ke tempat suci macam ni!"
Aiman terkejut beruk. Matanya berair ketakutan....suaranya gagap tiba-tiba....
"Kau jangan melawak pula. Kalau kau syaitan, ape hal kau tolong aku sampai ke sini?!" gertak Aiman
"Sebab aku letih....letih menghasut kau supaya tidak ke sini...aku saje letak paku...kaki kau berdarah tapi...kau tetap mahu ke sini...dan aku juga menghasut kau pasal perempuan. Dan aku berjaya menyebabkan kau meletakkan yang lain daripada ALLAH dalam minda kau!"
Lalu....ghaiblah lelaki yang mengatakan dirinya SYAITAN itu...
Aiman terpinga-pinga...tiba-tiba seseorang memegang bahunya. "Woi kau! Orang dah habis solat kau baru datang?!" Saiful menanya.
Pelik...tadi Saiful ke tandas, sekarang dia di dalam Musolah dan sudah selesai berjemaah maghrib. "Eh bukan ke kau ke tandas tadi?" tanya Aiman...
"Yelah...pastu masa aku lari ke sini, nampak kau dah takde, ingatkan kau dah sampai dulu..." jelas Saiful.
"Habis, kau tak nampak ke aku terpijak paku...sampai terjatuh kat lantai?" tanya Aiman...
"Hah...terpijak paku? Aku tengok kaki kau takde apa-apa pun. Okay je," herdik Saiful
Aiman melihat kakinya. Darah yang tadi mengalir sudah tidak kelihatan, kesakitan itu tadi juga sudah tiada. Apakah ini???!!
"DAHLAH BERANGAN!Pi solat dulu...kejap lagi ada tazkirah.." Saiful menyedarkan kawannya itu daripada lamunan....dan mimpi..
Tapi di fikiran Aiman...dia masih tertanya-tanya....apakah maksud mimpi itu...dan adakah benar,
SYAITAN.
Pada masa itu juga, Aiman sedar akan kesilapannya. Dia lantas memeluk Saiful dan berkali-kali mengucapkan astaghfirullahala'zim....Saiful pula yang tercengang...
>>>p/s: Solat lima waktu adalah tuntutan agama dan tiang agama. Serta solatlah kerana niat untuk ALLAH TAALA . SOLATLAH sementara badan masih sihat, akal masih cerdas dan waras sebelum kita disolatkan yakni meninggal dunia<<<