The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Sunday 31 July 2011

Kali ini Ramadhan cukup bermakna

Alangkah ruginya jikalau Ramadhan setakat diisi dengan puasa. Menahan lapar dan dahaga serta penat kerana kedua-duanya. Mudah-mudahan, Ramadhan kita bukan macam tu, InsyaAllah.

Sebenarnya, setiap tahun Ramadhan ada keistimewaannya tersendiri sebab bulan itu sahaja sudah cukup istimewa. Bulan Islam di mana Allah Taala, yang MAHA PEMURAH membuka langit pengampunannya seluas-luasnya. Bulan Islam di mana turunnya Al Quran peneman hidup seluruh umat Islam dan juga bulan Lailatul Qadar serta banyak lagi makna-makna penting disebaliknya. 

Manusia sering berdosa, bahkan bergelumang dengan dosa. Sesetengah manusia yang berdosa besar, sepatutnya sedar, betapa besarnya dosa mereka, selagi hayat dikandung badan, mereka perlu kembali menghadap Allah Taala, dan berusaha bertaubat serta tidak mengulangi dosa lampau, hal ini kerana sifat Al Ghaffar Allah Taala itu lebih besar dan lebih 'berkuasa' berbanding dosa besar mereka. Tidakkah kita sedar?

Ramadhan juga istimewa kerana doa-doa kita mudah diqabulkan Allah Taala, kerana langit terbentang luas. Panjatkan sahaja segala doa, insyaAllah akan dimakbulkan. Ceriakan Ramadhan dengan bacaan suci nan indah kalam-kalam Allah Taala, bukan sahaja dapat menenangkan jiwa bahkan mampu membangkitkan rasa dekat kepada Allah di samping memberikan 'cahaya keimanan' kepada seluruh isi rumah. Bukankah rugi sekiranya kita cuma mengambil kesempatan membaca al Quran setakat dua atau tiga helai sehari? Lantas rasa cukup? Tidakkah bodohnya kita, sekiranya, rumah lebih didengari dengan lagu-lagu lagha duniawi? Sedangkan para sahabat, dan mukminin serta mukminat pada zaman kegemilangan Islam dulu berlumba-lumba mengkhatam Al Quran apatah kita, yang sudah berada di ambang akhir zaman. Oleh itu, misi saya pada Ramadhan kali ini ialah mengkhatam Al Quran, insyaAllah dua kali. Moga-moga kita semua mampu melaksanakannya.

Tarawih juga menghidupkan lagi bulan mulia ini. Saya gembira kerana dapat menunaikan solat tarawih di surau yang sebelah rumah ini bersama keluarga tercinta sepanjang lebih kurang 30 hari. InsyaAllah. Mungkin juga, ini merupakan tarawih yang terakhir dapat dilaksanakan bersama mereka. Lepas ni di perantauan. Hahaha. 

Puasa kali ini juga meriah, kerana dapat berbuka bersama keluarga, sebab setahun yang lalu berbuka kebiasaannya di kolej. Tapi bermula tahun hadapan, senario sama mungkin berulang. Kembali berpuasa sebagai pelajar di perauntau. Sedih juga sebenarnya. Dah tak boleh nak mengidam macam-macam. Tapi itu bukan intisari penting Ramadhan, maka boleh diketepikan. Teruja rasanya nak berpuasa di perantauan HAHAHA. Kerana, pengalaman itu mendewasakan kita. Sampai bila nak tersepit di bawah pelukan ibu dan bapa sahaja, betul tak?

Makna Ramadhan kali ini berlainan sedikit daripada kebiasaannya. Mungkin ia lebih bermakna daripada Raya Puasa kelak. Bayangkan, raya tidak sampai seminggu dah terpaksa terbang jauh daripada keluarga. Pengorbanan demi masa depan perlu diletakkan di tempat prioriti. HAHAHA. 

Sampai di sini sahaja, saya membebel. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Dan, ceriakan Ramadhan dengan ibadah bukannya membeli-belah. Assalamualaikum :)




No comments: