The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Saturday, 30 August 2008

Whats wrong with me today

(bahasa malaysia hari ini)

hari sabtu, 30 haribulan Ogos 2008,
saya bertanya kepada diri sendiri
"mengapa masih berada di sini?"
"mengapa masih berada di hadapan komputer?"
"apa yang masih boleh saya buat dengan streamyx ni?"

namun, soalan di atas. tidak dapat saya jawab dengan baik.
petang tadi, papa balik.
"cepat siap! ada tahlil malam ni kat surau", kata papa.
seperti biasa saya buat tak tahu je. malas benar nak siap.
-kenapa kalau bab agama mesti rasa malas?
-manakah keinsafan?

mama dan adik jugak pergi,
tadi dalam pukul 7;55 malam, mama ketuk pintu bilik saya.
"dena, dah solat maghrib belum?".
saya pun jawab...
"eh, belum lagila...tgh salin pakaian"
saya masih terhegeh-hegeh.
lepas dah salin pakaian, bentang sejadah, pakai telekung
saya mulakan solat.
lepas baca doa, saya bergegas keluar, saya memanggil mama
malangnya, mama dah pergi
mama dan adik dah pergi ke surau terlebih dahulu

saya agak bengang sebab mama tak tunggu saya
tapi, kalau difikirkan semula, memang itu salah saya,
saya terlalu lembap, saya mengeluh
saya menggapai tudung putih, lalu memakainya,
saya buka pintu rumah, kedengaran para jemaah sudahpun mula membaca surah yasin
saya mengeluh lagi,
mereka sudahpun hampir menghabiskan surah suci itu, adakah patut saya pergi sekarang?

tanpa lengah,
saya mengambil surah yasin,
dan membacanya sendiri, di rumah yang sunyi ini.
ah, sekarang walaupun ISHAK sudah tiba,
saya masih di sini,
menanti sesuatu yang tak pasti
menanti sesuatu yang tidak dapat dikenalpasti

adakah saya berdosa sekarang ini?
tapi, adakah patut saya ke surau sekarang, kerana para jemaah sedang solat ishak.
saya berdosa
saya pasti....

No comments: