The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Thursday 20 December 2007

ghost story~~sorry if its not scary!

Title might be in english but I think I am not in the mood to post this stuff in English, I am so in BM today.

Ok. tajuk crita ni ialah " A Belle In a Pair of Red Shoe". Mari kite mulakan critenya....baca bismillah dulu, nnti apa plak jadi....hehehehe

~~~~~~~~~~~~~~Be cool, Be brave~~~~~~~~~~~~~~~~~~
This is a story which have been told by my own mom,. Well, it happened in Korea. She was in her room, hotel room, with her friend of coz, when she turn on the tv, and watched this beautifool ghost story.

jeng3....

Dalam sebuah muzium seni, seorang jurugambar bernama Gong, sedang meneliti dan mengamati sebuah lukisan yang dianggapnya sebagai "indah". Tidak pernah terlihat olehnya sebuah lukisan yang begitu hidup. Malahan, dia juga tidak mengerti mengapa dirinya bagaikan melekat kepada lukisan yang tergantung elok di bahagian kiri muzium itu.

Lukisan itu menterjemahkan, seorang wanita, a belle, yang mempunya rambut kerinting yang panjang sampai ke punggung, terbang mengikuti angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Wanita yang hanya menunjukkan sebahagian daripada mukanya itu, memakai sepasang sepatu merah dan juga sehelai gaun merah bersama gincu yang merah lagi menyengat hati. Gong merasakan wanita dalam lukisan itu seolah-olah rapat dengannya dan mahu dia bersama-sama.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 7 malam. Gong masih lagi tercegat di hadapan lukisan yang besar itu. Rakan-rakannya entah ke mana. "Mungkin mereka dah tinggalkan aku kot",katanya. Gong tidak boleh dan tidak mahu berganjak. Hinggalah pada suatu saat, dia terdengar bunyi. Bunyi yang seperti bunyi kasut. Seseorang sedang berjalan di belakangnya. Anehnya, apabila Gong toleh ke belakang, tiada sesiapa. Hanya dia seorang di bahagian tersebut. Sekali lagi bunyi sepatu itu kuat. Malahan, dia turut terbau seseuatu yang harum semerbak dan dia tahu bau itu pasti datangnya dari belakangnya. Kepalanya ditolehkan lagi, alangkah terkejutnya Gong yang rupanya agak kacak itu, apabila ternampak, kelibat berwarna merah. Tanpa melengahkan waktu yang setiap kali pasti berjalan, Gong mengikuti kelibat itu.....

Gong meninggalkan lukisan tadi. Dia mengikuti kelibat tadi. Terkejut besar dia apabila melihat kelibat itu, menembusi di sebalik dinding. Namun, hanya satu kasut merah itu ditinggalkan. Ditinggalkan oleh kelibat tadi. Dia pasti itulah kelibat wanita dalam lukisan itu. Malangnya, dia tidak mampu melihat wajah wanita itu dengan jelas. Amat malang. Sepatu yang dijumpainya, diletakkan ke dalam beg sandang berwarna birunya. Kedengaran, security guard sudah memberitahu bahawa muzium itu akan ditutup, jadi dia mnuruni anak tangga untuk ke muka pintu. Apa yang tidak terlihat olehnya adalah kehilangan wanita bersepatu merah itu dari dalam lukisan tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~Di rumah Gong~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesampai ke rumah, isterinya Zhin sudah menunggu kepulangannya. Mereka memang boleh dikatakan sebagai pasangan yang secocok dan amat bahagia. Zhin memberitahu suaminya yang dia terpaksa ke Jepun atas urusan kerja, selama sebulan. Gong hanya mengizinkan isterinya itu, kerana, dia tahu benar akan tanggungjawab seseorang eksekutif besar seperti isterinya terhadap kerjayanya.

Malam itu, Gong rasa matanya nakal. Nakal di sini bermakna terlalu asyik memikirkan wanita misteri dalam lukisan di muzium itu. "Aku mesti dapat tengok wajahnya"< katanya dalam hati. DIa rasa sukar untuk melelapkan mata. Sudah banyak kali dia menelan ubat tidur, tapi kesannya tiada.

Keesokkan paginya, isterinya Zhin sudah bersiap sedia utuk ke Jepun. Gong menemani isterinya sampai ke lapangan terbang. Kucupan sayang diberikan. Namun, hati Gong masih lagi terimpi-impikan wanita bersepatu merah itu. Selepas itu, dia segera pulang. Dia terus menuju ke bilik pejabatnya yang terdapat di dalam rumah. Beg sandangnya dibuka dan diambilnya kasut merah yang "dicurinya".

Tatkala, Gong meletakkan kasut itu di atas meja, dia terdengar akan bunyi tapak kasut seseorang. Sudah pasti itu bukanlah isterinya kerana dia sendiri telah melihat isterinya berlepas sewaktu di lapangan terbang tadi. "Wey! Siapa tu!", jeritnya, ingin mendapat kepastian. Namun, tiada siapa menyahut. Dia terdiam. Jantungnya berdebar-debar. Dahinya mula dibasahi peluh. Bunyi tapak kasut itu semakin kuat, seolah-olah sedang menuju ke arah pejabatnya. Gong tidak tahu siapakah gerangan orang di luar pejabatnya itu. DIa menjadi semakin takut, bulu romanya meremang. Dingin terasa.

Alangkah terkejutnya Gong, apabila, melihat kelibat berwarna merah itu lagi. Namun pada kali ini, kelibat itu mengalunkan suara merdunya. Kelibat itu menyanyikan sebuah lagu classic. Wlaupun suaranya merdu, namun ia amat menakutkan. Sungguh menakutkan. Ia bagaikan memukau Gong. Gong mengikuti suara itu. Pada saat itu juga, Gong dapat melihat wajah kelibat itu, seorang wanita, atau lebih boleh dikatakan sebagai hantu. Hantu yang amat cantik, pipinya gebu, bibirnya merah bagai delima, susuk tubuhnya menggoda, rambutnya yang kerinting panjang itu melengkapkan lagi pakej keseluruhan. Sesiapa yang melihatnya pasti terpukau dan terpesona.

Wanita itu tidak berhenti mengalunkan suara merdunya. Malahan, dia mendekati Gong, dan cuba untuk menggoda Gong. Gong terlanjur, malangnya dia terlanjur bersama seorang wanita hantu yang misteri. Wanita dari dalam lukisan di muzium itu. "Ambillah saya seperti kamu mengambil sepatu saya, ambillah saya bersama...", kata wanita itu. Kali ini, Gong betul-betul terpukau. Dia sudah melupakan Zhin, Zhin yang menjadi isterinya yang sah.

Hantu itu, atau lebih senang dipanggil perempuan bayangan, itu, kini tinggal bersama Gong dan menyebabkan Gong lupa diri dan tidak sedar akan hidup realitinya. Dia terjerat dalam kehidupan fantasi bersama perempuan itu. Malahan, kini, Gong tidak akan keluar dari rumahnya termasuklah untuk ke tempat kerja. Hal ini berlarutan sehinggalah sebulan....

Genap sebulan, isterinya pulang, pulang sendiri menaiki teksi ke rumah daripada lapangan terbang. Sesampai di rumahnya, dia membuka pintu rumahnya sendiri menggunakan kunci pendua yang disimpan bersamanya. Kehairanan membelenggu jiwanya. Di manakah suaminya, adakah di dalam rumah? Tapi, mengapa pintu berkunci, sedangkan kereta suaminya ada di luar rumah? "Terkkk.", bunyi pintu....

Alangkah terkejutnya Zhin apabila mendapati, rumahnya amatlah berselerak. Seolah-olah baru sahaja dirompak. "Gong! Awak kat mana!!", Jerit Zhin memanggil suaminya. Namun, tiada sahutan. DIa berasa pelik. Dia terus ke kamar tidurnya, sekali lagi, dia tersentak melihat Gong di atas katil, tanpa pakaian, sudah berjanggut seperti orang tidak terurus. Di meja tepi pula, kelihatan 10 botol arak, yang berselerak. Gong seperti tidak sedarkan diri. Zhin mendapatkan suaminya....tiba-tiba...

"Pergi kau dari sini!!!" jerit Gong. Dia menjadi gila? Itulah yang menjadi persoalan. "Aku tak mahu lihat kau lagi, aku dah ada Mia (hantu itu)...dia di sebelah aku kini", kata Gong dengan nada tinggi. Namun, siapakah Mia? Apa yang Zhin nampak di atas katil itu ialah suaminya yang kini sudah gila, tiada sesiapa di sebelah suaminya itu. "Hah! Saya tak nampak sesiapa pun, apa abang cakap ni!!??" tanya Zhin, air mata bergelinang di kelopak matanya.

Zhin, memeluk suaminya erat. Dia menangis apabila Gong menolaknya. Gong berubah menjadi ganas. Gong bangun, angkat Zhin, dan dia campakkan Zhin ke ruang tamu. Menutup pintu kamarnya. Tidak begitu lama selepas itu, Zhin mendengar alunan suara merdu yang memukau, tiada perkataan boleh menerjemahkan suara itu.

---bersambung---

2 comments:

preciousnafisah said...

huhu..takot gak dayana..hehe..mne smbungnnye?

Anonymous said...

takot gak dayana..hehe..mne smbungnnye?