The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Monday, 29 December 2008

hijrahkan diri anda

Kali ni aku tak tau kenapa? tapi aku takde mood nak blog dalam english language. Sebab apa? Sebab aku rasa, dah lama para pembaca blog aku yang tak berapa nak banyak tu tak lihat blog ni dilayan dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda kita, ye kan? Katakan ye semua.

Hari ni umat Islam menyambut Maal Hihrah, atau Awal Muharram. Alhamdulillah. Sudah 1430 Hijrah tahun Islam. Lama dah Nabi Muhammad S.A.W, berhijrah. Berhijrah ni bukannye hanya bermaksud berhijrah dari one spot ke one spot yang lain, tetapi hijrah juga merujuk kepada perubahan. Tak kisah la perubahan apa, tapi semestinya perubahan daripada yang buruk kepada yang baik.

Sebelum aku menyentuh mana-mana pihak di luar sana, marilah aku cerita sikit pasal hijrah aku. Kalau 'you all' nak tahu, aku sebenarnya dulu seorang yang teramatlah pasif dan pendiam. Semua orang boleh pijak kepala aku. Sering dibuli oleh rakan-rakan untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Aku tak naklah ungkit kembali kenangan pahit tersebut dan nama-nama mereka yang telah "bersuka-ria" serta 'bermaharajalela' bermain dengan kepandaian aku sebab ini bulan baik kan? Katekanla ye.

Jadi, aku ni selalu la disuruhkan, dan aku tau korang mesti rasa aku ni lurus bendul kan? Katekanla tidak. Aku mengalami peristiwa ini sampaila aku habis sekolah rendah. Kat sekolah menengah ni happy sikit. Aku pun berubah. Aku jadi lebih tegas. Dan lebih crazy for power. Asyik-asyik nak jadi ketua and leader. Macamla power sangat kan? Katekanla 'ye...u mmg power'.

So, tahun 2008 pun bakal menutupkan tirai. Dulu aku betul2 nak tahun ni berakhir sebab tak sanggup menghadapi liku2 kehidupan. Kenapakah itu? Sedangkan aku ini masih muda mcm batang jagung je. Dah tak sanggup? Sekarang aku betul-betul kesal. Kesal sebab tidak menghargai masa-masa muda sebagai anak remaja berusia 16 tahun. Aku juga kesal sebab tak layan cikgu-cikgu dengan baik, dan senior yang aku sayangi dengan baik. Kesal sangat. Tapi apa boleh buat? Nasi sudah basi...:C

Tahun 2009 bakal muncul, aku pulak kena bertungkus-lumus untuk mempersiapkan diri dan memperhambakan diri untuk SPM. SPM ni bukan calang-calang, aku perlukan 11 A yang aku nak tu, bukan untuk tunjuk lagak seperti sesetengah orang fikir, tapi untuk 'upgrade' sikit diri ni. Aku jugak ada responsibility untuk mengharumkan nama sekolah. Yelaa...dah banyak tahun sekolah tu berjasa untuk aku betul tak? So, kenalah usaha lebih lagi, tak boleh dah hangat-hangat tahi ayam. Tak boleh dah berblogging..walaupun aku ni mempunyai passion yang tinggi dalam bidang ni, walaupun tak memberikan aku apa2 faedah. No more chatting and no more angau? Eh pernah angau ke aku ni? Entahla...

Tengok adik2, sukarkan nak jadi dewasa? Banyak benda kena ada dalam kepala otak. Kejap fikir kenapa kawan tadi tak balas-balas message kite, kejap lagi fikir bilelah boleh kerja dan dapat duit sendiri. Best tau jadi kanak-kanak riang, so janganlah bazirkan masa adik-adik. Hormati dan sayangilaa semua yang ada di sekeliling adik-adik.

Dan untuk abang-abang, kakak, pak cik mak cik semua, yang mengenali diri saya yang takla famous atau secantik orang yang anda kenali yang lebih cantik, maafkan laa segala kesalahan saya. Dan, marilah kita hijrahkan diri, dari malas jadi rajin, dari tembam kepada slim, dari mulut celupar kepada pendiam, dan dari pendek kepada tinggi. Sekian, thank you.

2 comments:

ARC said...

tembam ke?hahah last post? hmm whatever lah..slamat berjuang!

I | X | x | A | T said...

buatlah dlm bi
improvekan bi awak yg dh terer tu.
okeh.