The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Wednesday, 17 February 2010

Kenapa call lambat...

Sehari suntuk duduk buat latihan Physics. Tapi masih tak siap-siap. Agaknya, aku kena tukar style tulisan, biar laju sikit kot. Tadi lak, ingat nak jalan2 kat kajang, naik bas, dengan adik. Sambil tu aku juga dh beli calculator baru gara-gara nak siapkan tutorial matematik yang berlambak dan memerlukan extra tenaga.

Malangnya, plan aku untuk ronda-ronda kajang, pegi kedai buku 'termasyhur' disini , semuanya hancur. Sebab? Kedai itu tutup, yelah tauke cina, masih dalam sambutan CNY la. Adeh...so ayah aku kate "hah nak pegi beli kat mana ni?"

Kajang ni lopek, bukannya macam Klang, banyak kedai. Aku pun tak tau lagi kat mana ada jual calculator 570 tu. Aiseh. Tapi tibe2, lampu neon atas kepala aku bernyala...

HAH MYDIN KAN ADA!


Jadi, tanpa lengah, ayah aku stopkan aku depan mydin, dan aku pun dapatlah calculator yang menjadi satu keperluan tu, pastu, kami pun balik la, memandangkan semua kedai, tutup...

Dalam pukul 6 mcam tu, ada panggilan...kring kring...aku pun angkat. Panggilan ni dari telefon rumah, so aku first assume, panggilan ni untuk adik aku ataupun daripada mak ngah aku yang duk kat Kedah tu.

"Boleh saya bercakap dengan DAYANA"

Tersentak jugak...sebab dah lama sudah, tidak ada panggilan yang nak bercakap dengan aku, terutama daripada telefon rumah.

"Yes. Ni sape?"

"Oh. ni Kak **** dari Penjara Kajang"

DAH...ape pulak la dari penjara...takkan la kes aku curi kotak pensil kaler LUNA kat kedai achi depan tu bukak balik ??? TIDAK!! Tak nak masuk lokap....

"HAH! Ye...ada apa telefon saya?"

"DAYANA buat ape cuti ni?"

"Ehm...belajar. Kenapa?"

Aku dah berpeluh-peluh...takut la wey...

"Oh la ye ke....akak nak tawarkan program komputer ni..."

"La...ye ke? Ehm....tapi program komputer, dah pernah pergi"

"Tapi kami akan bagi free english course sekali...and bulan enam nanti, kami akan adakan trip ke genting for free. Kursus bahasa Inggeris tu pun free"

"Ah....kenapa x call awal-awal?"

"Ala..tu la...DAYANA ialah orang keempat akak call ni...hmm tapi nak buat mcm mana? Tak boleh reverse course yang kamu ambik tu? Hah, ada x kawan yang tak buat ape2 cuti ni?"

"Hmmm mana boleh kak..dah banyak belanja...takkan nak stop je. Yup, ada kawan . Jap ambik number"

So...what the FISH?? free trip to genting? WAH melepas lagi daa....and Durrah mungkin akan ikut program ni...aku bagi nombor hang. HAHAHAHHA

3 comments:

KpopVirus/B said...

haha.
apela dayana.
bwt suspen jek!

dayana|azhar|mohd|arshad said...

oh tenkiu

Sarah Mohd Ritha said...

hahaha..blog ko semakin kelakar la..best2..

p.s:ternampak bandar klang dipuji..wahaha(bangga sekejap)