The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Wednesday 17 February 2010

Realiti KTM part 2

So aku sambung balik kisah realiti KTM ataupun Kereta Api Tanah Melayu ni. Jadi di mana kita berhenti? Hahaha...ok kalau korang nak tau, KTM ni memang selalu lewat. Biasanya kalau korang tgh tunggu kat stesyen tu kan, and die khabaq tren akan sampai jam 8.00 PAGI (contoh) alamatnya 8.20 la baru ianya sampai. Memang siot. So tiap-tiap pagi aku sampai stesyen dalam jam 7.20 and dapatlah tren dalam pukul 7.30 mcm tu. Sampai kolej pun dan-dan ja. (sempatlah)

Tren ni pulak ada banyak jenis. Cuma takdelah yang dua tingkat, or double decker macam bas ekspres Durian Burung tu. Ada yang kerusi dalam tu disusun melekat pada dinding tren...macam menyandarlah pada kedua-dua dinding tren. Ada jugak yang kerusi menghadap ke hadapan. Ada yang tengah ada kerusi, pastu depan dan belakang kosong, cume ada "tali gantung" untuk anda bergayut utk mencapai stabiliti. Nanti ada masa aku cubelah upload gambar kat sini, bagi clear view kat korang...sebab aku tau korang dah pening kan?

Anyhow, aku pulak paling suka kerusi tren yang menyandar ke dinding. Sebabnya ialah, kerusi macam ni give more spaces. Yelah, kalau time peak macam Chinese New Year's Eve hari tu, kan elok, ramai boleh naik sebab ada banyak space. Betul x?

So, aku cume nak bagi tips sikit bile naik KTM waktu peak hours. Nak dijadikan cerita, jumaat lepas kan, ramai gile orang naik KTM sebab CNY. Masa kat Putra taklah ramai sangat, tapi sampai Bank Negara, alamatnya semua jadi sardin. Aku bengang sebab tak dapat tempat duduk, haih:( Tapi, tak kisah sangatlah time tu, sebab dah nak cuti panjang.

Bile sampai je kat Midvalley lagilah ramai, so kalau ramai2 macam ni, aku sarankan agar korang cube selitkan diri korang tu, kat bahagian tengah tren. Bahagian yang di antara kerusi dalam tren. Sebabnya ialah apabila salah seorang mereka yang tengah duduk bangun, maka korang bolehlah dapat tempat duduk. Barulah lega. Jangan duduk kat bahagian dekat pintu. Bahaya.

Kenapa aku kata bahaya duduk kat pintu?

  • 1. Pintu tren akan dibuka automatik, so bahaya kalau korang tepi pintu. Nanti Jatuh.
  • 2. Apabila sampai di sesebuah stesyen, biasanya, orang dalam tren kena keluar dulu...so anda yang berasa berdekatan pintu terpaksa keluar dulu....jadi mengakibatkan anda automatik dah tak boleh masuk tren itu semula. Alamatnya, terpaksalah tunggu tren lain....

lagi tip aku...sorry dah mengantuk...

  • -Bagi yang wanita, jangan bawa beg tak berzip. Mengapa? Sebab ada tinggi kebarangkalian orang yang anda tidak kenali dalam tren, memasukkan sesuatu ke dalam beg anda. Mana tau benda itu mungkin dadah ataupun sekutu dadah? Nanti tak pasal2 kena tangkap masuk lokap.
  • -Pakai deodorant la weyh!~ Jika anda prihatin, silalah beli deodorant yang bukannya mahal sangat tu (RM4.90 je), and sapukan di armpits anda, untuk mengelakkan anda menjadi orang yang menjijikkan.
  • -Pakai kasut bertutup...untuk mengelakkan kaki anda berdarah kena pijak..
  • -Pakai handsfree....sebab hari tu aku kesian tengok sorang mamat hensem ni, pegang banyak barang, nak jawab telefon, tibe-tibe, henfonnya jatuh berderai....wahh...nasib baik henfon cikai..:(

Oklaa...tu ja....ingat2kanlah pesanan ni...kalau korang malas nak ambik peduli pun aku tak kisah...sebab korang bukan related pun dengan aku, wahahahha...


3 comments:

Abd Rahim said...

info yg menarik,,,

Fahmi Faisal said...

sandar kat pintu la weiyhh~ i mean dkt dgn palang(corner antra pintu ngan tpmt duduk) baru selesa

Sarah Mohd Ritha said...

haha..bab masa tu plg benar..dah penat2 tunggu..tetiba dia kata delay..tahi betul...