The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Thursday, 11 March 2010

SPM oh SPM dah selesai !

Bagi kawan-kawan dan para sahabat, yer mari kite bergembira sebab dah habis dah sejarah yang bernama SPM dalam hidup kite. Tanggal pukul 12 tengah hari tadi, kalau kat sekolah aku laa... semua kawan aku dah berdiri tegak kat kantin sekolah. Aku pulak datang awal tadi dengan Chiam, macam yang dah dirancang dua hari lebih awal. Menyesal datang awal, sebab bosan tunggu lama. Tapi, lepas dah borak dengan junior pengawas, aku habaq kat Chiam, "Jom pi library!"

Chiam apa lagi, setuju je. Lagipun dia memang ex-librarian. Memang port die kat situ masa muda-muda (sekolah) dulu. Masuk je library, jumpalah dengan orang kuat library, Datin Rukiah Hashim. Seperti biasa, Datin ni bagi lecture kat aku. Aku pun dengar je la. Dia tahu aku sedang belajar, untuk jadi doktor kat private college, tapi dia sedih sebab aku buat keputusan untuk buat medic kat Russia.

"Ish, kenapa dengan kamu ni....kenapa nak buat kat sana? Cikgu ada banyak dengar cerita Universiti kat sana tak diiktiraf. Kenapa tak pergi UK, atau Ukraine (sambil suruh aku add sorang mamat nama Ananthakumar kat facebook)".

Seperti biasa, itulah yang aku jangkakan. Cliche' bagi seorang guru. Aku diam je la. Bila aku bagitau pasal my agent ada inform pasal kebaikan belajar kat sana, dia terus kate "Buat ape tanya dia?"

Aku diam je. Malas nak bertekak. Lagipun sejak subuh tak jamah apa2 mahupun minum apa2. Tak selera. Temporary without appetite. Aku lepak dalam library lebih kurang sejam. Jumpa dengan lagi junior aku yang sengal dan berlagak, tapi best diorang ni, respect senior macam aku. Ngeh3

"JOM TURUN" Chiam pun dah mula bosan kat library. Turun sahaja ke tingkat bawah menuju ke kantin, aku boleh lihat para guru sedang sibuk susun slip keputusan SPM kami. Gulp. Berdebar. Zikir banyak2 dalam hati. Chiam pulak nampak relaks macam biasa. 

Di susur gajah hampir sampai ke kantin, cikgu Physics masa form 4 datang menerpa. 

"Dayana, tahniah! Tapi awak dapat B untuk Biology" sambil buat muka serius. 

Aku terkesima. Berapa aku dapat? 

Boleh dikatakan aku bersyukur sangat2 sebab dapat jugak dapat 11 A. Tapi, terkejut ya amat, prinsip akaun boleh dapat A-??? Serious, masa exam, aku rasa akaun yang paling susah, biology yang paling senang. How come??? Memang masih tak dapat terima kenyataan!

Hakikatnya, aku kena terima the fact that I did get a B for Biology. Masalahnya, matlamat aku dah terpesong. Aku nak buat medic, biology pulak B, susah nak dapat scholarship macam ni. Guru-guru pun cakap perkara yang sama. Mereka suruh aku relaks. Tak payah fikir banyak-banyak. Tapi apa guna berada dalam kelas sains tulen, kalau Biology tak dapat A. (Mungkin aku fikir terlalu banyak), tapi seriously, aku macam tak percaya. Satu lagi, tiada sesiapa pun dalam antara kami 17 orang yang ambik biology dapat A untuk subjek ni. Pelik bukan? Kebanyakan dapat B+ termasuklah aku. Kalau A- pun dah baik..:(

Apa pun, this is what we call LIFE. Benda yang kita jangka tak jadi, tapi miracle pulak datang. The bad news ialah aku dapat B+ je untuk Biology, sedangkan aku memerlukan A untuk apply JPA or MARA. The good news is aku dapat sijil LCCI. Mungkin ada gunanya sijil ni pada masa hadapan. Memang Allah nak bagi aku jadi macam ayah aku, akaun dapat A. Ngeh3.

Tahniah lah kepada rakan-rakan sekolej yang dapat straight A's, Ammar Nina, Aida dan Zaki Anwar. Tidak dilupakan juga kepada Fahmi Faisal, congrats jadi best student! And not to mention, Naqib Ahmad Alawi, for getting 10A+ terer tu!!~ Apply la kalian untuk program ijazah luar negara JPA or MARA =.=

p/s: Feeling devastated upon seeing the condition "U must gain at least A- for 9 subjects including Biology" in the application of JPA and MARA.
















3 comments:

Megat Azfar said...

haha..aku lagi la..akaun aku asyk c,d je..pastu leh plak A! Miracle sungguh. dahla soalan susa tahap gaban. btw, tahniah!!

cemburunye saya..

Megat Azfar said...

EH! jap..btw, aku frust nak mampus sebab takde sape nak uruskan sijil LCCI aku. terpaksa buat sendiri..tapi kena sebulan akan datang baru leh mintak.

geram betul!!

ARC™ said...

adeyyy ape gne masuk klas sains tulen tp xdpt A?

Sains tulen comprises of Physics, Chem , Biol, and addmath

cukop kot info tu hehehhe
btw TAHNIAH!!!!