The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Saturday 31 March 2012

Hina

Assalamualaikum,

Tak pernah saya rasa sesedih ini. 
Saya rasa sesal sebab saya tak pernah ambil peduli atau kisah tentang Palestin.
Ya, saya tahu Israel kejam. Tembak tak putus-putus. Rakus meragut nyawa kanak-kanak seagama dengan saya. Rakus menyeksa mereka yang lemah. 
Ya, saya tahu kanak-kanak di sana diseksa tatkala dalam perjalanan ke sekolah, tatkala sedang bermain bola sepak di kawasan lapang. Sekelip mata, hilang bagi mereka tangan, kaki, sistem pernafasan terseksa dek terkena asap bom yang diletuskan. 

Tapi apa saya buat? 

Allah beri saya upaya dan kudrat pergi ke musolah muslimat sebentar tadi. Musolah yang saya pun pergi jarang-jarang, walaupun tak sampai 20 langkah dah sampai. 

Allah beri saya suatu kesedaran untuk melangkah ke program Malaysian Global March Towards Jerusalem versi USMKLE Belgaum India.

Tersentak di benak hati rasa marah pabila melihat tayangan video kekejaman bala tentera Zionis. 2-3 video tengok. Darina kawan saya dah menangis, terharu. Saya cuba, tapi saya rasa lebih marah. Marah kat diri sendiri. Marah sebab saya sendiri lemah tak berdaya. 

Nama saya Dayana. Saya malu nak mengaku atas nama tu. Sebab nama tu sebenarnya bermaksud kegagahan. Apa yang gagahnya tentang diri saya? Sedangkan nak bangun solat subuh pun masih terkial-kial. Terpaksa suruh kakak usrah kejutkan via SMS. Haish, apakah nilainya saya untuk ISLAM? Gagahkah saya untuk ke Palestin, bantu mereka yang sudah berlumuran darah dan nyawanya sudah berada di hujung tanduk? Mampukah.

Satu video memaparkan reaksi si kecil yang comel menunjukkan rasa marahnya kepada Israel. Israel yang telah memusnahkan semua kepunyaannya, baju, permainan, rantai dan cincin pemberian ibunya, cermin mata hitam pemberian ayahnya. Bajunya berbau asap busuk kimia bom yang diletuskan Yahudi Laknatullah. Macam mana harus dia menikmati kehidupan dalam kegelutan bumi tanah airnya itu? 

Lihat kita disini! Di Malaysia, manusia lemas, saban hari kian lemas! Acap kali berita terpampang adalah berkenaan siapa menang pertandingan cari artis, remaja dirogol, kena belasah dengan Along, dan bermacam-macam lagi, termasuklah kes buang bayi yang sudah kian meningkat. 

Lihat saya di India! Allah beri peluang untuk menceduk Ilmu dalam bidang perubatan. Saya mahukan peluang ni sejak dulu, tapi kadang-kala iman saya longlai, tak pernah rasa syukur. Masa terluang di biarkan begitu sahaja dengan perkara sia-sia. Tak pernah letak sedikit kesedaran untuk menghayati keindahan ciptaan Allah, belajar dengan bersungguh-sungguh demi Allah Taala. Tak pernah!

Selepas Zikir Wadah tadi, saya rasa bagaikan ditembak peluru. Apakah gunanya saya ada mata sekarang, tangan dan jari untuk bekerja dan menaip saban hari. Apa gunanya telinga saya yang kerap digunakan untuk mendengar. Apakah gunanya kaki saya yang masih aktif berjalan dan berlari ke sana ke mari. Apakah gunanya kalau saya tak mampu bantu saudara Islam saya yang saban hari bermandi dengan tangisan dan darah di Palestin?

Bukan sahaja Palestin, bahkan banyak lagi tempat yang penuh dengan kekejaman? Syria, Afghanistan, Iraq? Di manakah saya? Di manakah saya sewaktu mereka sedang melawan pihak musuh Islam???

Maka, saya berdoa agar saya, kamu, awak dan kita mampu menjadi kuat. Kerapkan doa kita, doa melawan musuh. Doa itu senjata orang mukmin! Saya berdoa, agar saya dan kawan-kawan seangkatan dengan saya, mampu menjadi doktor perubatan Muslim dan Muslimah dan mampu ke sana untuk membantu mereka yang memerlukan! Allahuakbar! Hancurlah Yahudi! Hancurlah Zionis! Hancurlah Amerika!




No comments: