The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)
Showing posts with label mother. Show all posts
Showing posts with label mother. Show all posts

Sunday, 4 September 2011

Syukur kerana tak cantik

One day, at beloved kampung, mom and I were getting ready for an open house at Pak Tam's. We were standing in front of the mirror. Fixing our tudung and wearing some bits of powder etc, for of course to look good. Every woman wanna look good during raya. Just agree on this LADIES!

"Mama....I look fat in this outfit...arghh geram" said me

"Ah..yeah...I noticed. Too much food I supposed. Biasalaah raya kan....lepas ni diet ler" said mom..being honest

"Arghhh...hate this..." I replied

"But remember. Being pretty is not good too for someone. Boleh timbul riak. Look at your sister" my mom added.

"So you should be grateful not being that pretty. It's good to be just normal as you are. So you won't be riak" she continued.


I admit I am jealous to see pretty ladies. I am even jealous at my sister. And that's bad. But then again, being just pretty in the face and on the outside when actually the inside is rusty, is worst than everything.


>>>p/s: kecantikan rupa paras bonus. ada yang cantik luaran dan dalaman. ada yang setakat fizikal sahaja. well, not that I am not grateful being ME...but humans do face jealousy most of the time. And not that my sister is just beautiful on the outside, she is kind and beautiful inside out, but sometimes she annoys us by being annoying. Mengada lebih....and I think that's normal for a pre-mature teenage girl <<<

Sunday, 8 May 2011

Em..too precious to mention with words.

Words can't describe my mother because she's perfect and her imperfections make it even more perfect. Everyday is supposed to mothers' day. The woman who given birth to us, with all her might, fought between life and death. Happy Mother's Day.

But nothing special was made 'special' to celebrate the day maybe because I am bad at making surprises. My brother sent a wish for mother's day to my mom's Facebook Wall. Mom nagged why she can't access her profile to see what her only son sent to her. AND when she saw it, her face was full of smiles. Ridzuan said the simplest thing; Selamat Hari Ibu, Mama:)..now even the simplest words can make she smiles.

Found a quote:

Well not a quote but a status which I PLAGIARIZE from Blog Serius. Sorry obefiend, just found this one intriguing.

And then I found out celebrating mother's day is haram on some points, because it's actually in conjunction with the biarawati thingy, okay find, I forgot about it because my mind was pointless while reading it. Anyhow, everyday is a mother's day...

Saturday, 8 May 2010

Hari Ibu

Pernah tak kita berfikir sejenak, bagaimanakah rasanya seorang ibu "memangku" seorang insan dalam tubuhnya, yakni ketika hamil? Rahim ibu merupakan tempat yang paling kukuh untuk seorang bayi itu diami, sebelum lahir ke dunia, ini bukan rekaan, tapi sudah tercatat dalam Al Quran itu sendiri.

Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu, satu ungkapan yang sering didengari. Bagi seorang anak lelaki misalannya, tanggungjawab dia mematuhi si ibu adalah sehingga dia mati, lain pula bagi anak perempuan, di mana, syurga terletak di tapak kaki suami sekiranya dia sudah berkahwin.


Bulan Mei adalah satu bulan yang signifikan terhadap si ibu seluruh dunia. Hari ibu ia dinyatakan, untuk menyambut setiap kehadiran si ibu yang bertungkus-lumus yang melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kasih-sayang. Malangnya, ada juga yang tidak menghargai ibu-ibu mereka, dan saya tidak nafikan saya juga hampir tergolong dalam golongan itu. Sedih kan?

Tujuan aku menerbitkan post kali ini bukanlah bertujuan nak menceritakan keburukan aku, tapi, supaya kalian di luar sana, tidak meniru perbuatan aku ataupun sedar akan siapa itu ibu sebenarnya?

Bermula dari akhirnya SPM 2009, pada disember tahun lalu, selama 2 minggu ibubapaku tidak berada di sisi. Saban malam berdoa agar mereka pulang dari Mekah dengan selamat. Gembira tidak terhingga pada malam krismas, apabila mereka akhirnya pulang, dengan senyuman, dengan kesegaran di wajah, dengan keindahan kerinduan terhadap aku dan adik-adik yang selama sebulan lamanya tinggal dengan para ibu saudara yang baik hati menjaga kami.

Baru beberapa minggu selepas mereka pulang, belum hilang keletihan, aku sudah mendesak untuk pergi melakukan kerja sambilan, atau part time lah. Pada waktu itu sebenarnya, aku sudahpun mendapat 3 pekerjaan di Midvalley, di Dome, Secret Recipe dan di Metrojaya. Tapi aku pilih untuk bekerja di DOME kerana gajinya yang agak lumayan. Malangnya, ketika itu, ibu menghalang, katanya, buat ape susah payah nak kerja. Baik berehat dulu, lagipun SPM baru sahaja selesai. Tapi aku terlalu ghairah nak kerja, sebab bosan duduk rumah. Aku desak ibu supaya bagi aku kerja, tapi ibu menangis. Ibu tetap menghalang, lantas keesokan harinya, mendaftar aku di kelas memandu. Jadi aku tidak jadilah nak kerja, tapi pergi ke kelas memandu di Broga yang sehingga kini tidak habis2. Di sini, kebaikan yang aku dapat ialah tidak perlu hari-hari ke Midvalley yg besar dan sibuk tu, untuk bekerja selama 12 jam, dan memenatkan diri hanya kerana dibayar RM7 sejam. Satu lagi kebaikan  ialah aku boleh mendapat lesen L untuk kereta, dan insyALLAH akan dapat lesen P tak lama lagi. Jadi, inilah keberkatan daripada mendengar cakap ibu.

Tidak lama selepas itu, aku desak ibu dan ayah supaya memberikan aku peluang belajar di program pra-perubatan atau asasi sains di kolej swasta. Bayarannya amat mahal, dan aku meletakkan harapan setinggi gunung untuk melanjutkan pelajaran ke Rusia. Setiap hari aku desak ibu dan ayah, akhirnya aku berjaya, dan sehingga kini aku masih lagi belajar di Presco. Aku gembira di presco, kawan-kawan di sini bagi aku baik-baik belaka. Aku juga gembira memikirkan yang aku akan ke Rusia untuk menjejakkan kaki ke sekolah perubatan, tahun pertama menjelang September. Kalau diikutkan memang teramat teruja, tetapi jikalau dilihat dari sudut wang, alamatnya susahlah aku nak hidup di sana tanpa bantuan kewangan. T-T Sekarang aku pun dah banyak berdosa terhadap ibu bapa, meninggikan suara, bermasam muka, bertengkar dengan mereka, katakan sahaja, aku memang penuh dengan dosa. Berkali-kali aku buat ibu menangis, lebih-lebih lagi kebelakangan ini. Persoalannya, mengapakah aku menyakiti hati ibu sedangkan hari ibu sepatutnya memberikan seribu kebahagiaan kepada ibu? Derhakanya aku!

Saban malam aku berfikir, tatkala nak tidur pun jauh berfikir, bagaimana untuk menjadi anak yang lebih baik. Anak yang boleh mereka banggakan, anak yang mampu berjasa dan tidak menyusahkan mereka. Namun jauh di sudut hati, aku mahu mengejar impian yang sedang aku tanamkan dalam fikiran dalam hati. Tanpa bantuan mereka, tak mungkin dapat aku capai impian itu. Tanpa doa mereka tak mampu aku boleh mendapat kejayaan seperti hari ini, kejayaan yang tidak aku panjatkan dengan munajat kesyukuran. Teruknya aku :( Tapi, aku bukan sengaja nak sakitkan ibu sakitkan ayah. Cuba sedaya upaya untuk meminta mereka duduk berbincang, mengenai keputusan aku yang satu ini. Agar mereka dapat memahaminya, agar aku dapat pergi belajar di sana. Malangnya, tidak terdaya aku nak berdebat dengan mereka lagi. Segala percakapan aku mengenai pilihan aku itu, akan menimbulkan satu pergaduhan besar. Akhirnya, aku yang mengumpul dosa :(

Tuntasnya, nasihat aku di sini, kepada adik-adik yang sudi membaca kisah pengajaran ini, agar selalu ingat kepada orang tua masing-masing, ikut cakap mereka, jangan sakiti mereka, apatah lagi menyakiti si ibu pada hari ibu. Semoga hari ibu kalian dipenuhi dengan jalinan mesra antara kalian dan ibu kalian. Amin:)