The Entity

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum. Writing all the way from Belgaum, Karnataka, India. Missing Malaysia so much. But everything is just perfectly fine here. India makes people not just live, but SURVIVE. :)

Welcome Message

And remember, it always rain hard for those who deserve The Sun. :)

Saturday 16 July 2011

Tahajjud Cinta

Semalam saya tonton Tahajjud Cinta di TV3. Pelakon-pelakon wanita pakai purdah, tutup litup, tapi sayang...semua itu lakonan. Tapi takpe, mungkin lakonan ini suatu hari nanti jadi satu 'booster' untuk mereka menjinakkan diri untuk memperbaiki diri.

Drama ini satu je saya nak puji. Kandungan dan mesej yang cuba disampaikan cukup indah. Pasal wanita, pasal cinta, pasal perkahwinan dan pasal Islam. Semalam episode ke 2 kalau tak silap. Citra yang dilakonkan oleh Fazura, merupakan wanita kaya-raya, anak Tan Sri yang berkehidupan elite di Kuala Lumpur. Ibu citra, Puan Sri Apa ntah nama, hahaha, tak tau anak dia pergi Cairo ambil bidang syariah, dia ingat Citra pi London ke USA belajar bidang lain. So, nanti adalah konflik antara anak dan ibu, bapa dan anak. Biasalah cerita Melayu. Tapi tu tak penting.

Fouziah Ghous pula berlakon sebagai Seri. Citt. Nama tak boleh belah. Citra ni pulak Seri, but seriously sweet. Senang sikit nak ingat kan? Apa-apa pun, Seri ni kawan Citra. Tapi dia jenis emo sikit. Merupakan anak orang kampung yang amat konservatif dan miskin. Dekat Cairo pun dia tumpang rumah Citra sebab tak mampu. Tapi dia ni geliga, selalu score. Hahaha. Dalam cerita tu laa...kat luar wallahualam.

Episode semalam menyayat hati. Citra dan Seri dah tamat belajar, jadi mereka pun ambil peluang jalan-jalan sampai ke Jordan. Jordan ni cantik sebab ada kota apa ntah yang bersejarah tu, Al Petra kut kalau tak silap. Mereka pergi dengan Wahid (aku tak ingat pelakon ni nama sebenarnya apa) dan Shah Jazle ( aku tak ingat Shah ni berlakon jadi siapa dalam cerita ni)...hehehhe. Kiranya, Wahid ni suka kat Seri dan Shah pula teman Citra. 

Wahid ni fikir nanti dah pulang ke Malaysia, mesti susah dia nak ketemu Seri hari-hari. Nanti tempat kerja berbeza susah la nak jumpa. Nanti rindu. Nanti angau. Hahaha. Wahid pun ambil inisiatif untuk mendekati Seri dengan cara ingin meminangnya. Masa kat Jordan, Citra dan Shah tu entah ke mana, tinggalkan Seri dan Wahid bersama. Wahid suka puji Seri, mata dia cantik laa, hidung mancung laa...tapi Seri ni pakai purdah, pakai jilbab, camne nak lihat kan? Seri pula merupakan seorang wanita ISLAM yang kuat pendirian dan tidak suka cara Wahid mendekatinya. Walaupun dalam hati suka kat Wahid, Seri cukup pantang kalau lelaki dan perempuan berdua-duaan berborak pasal hal2 lagha. Seri terus menangkis perkataan-perkataan manis dari mulut Wahid. 


Malam tu, Wahid cakap kat Seri, dia takut tak sempat, takut takde masa nak jumpa Seri lagi. Wahid juga bilang entah sempat atau tidak dia melanjutkan pelajaran. Yelaa, kalau nak tunggu sampai nak buat Master, sampai bila dia boleh meminang Seri. Malangya, Seri marah dia sebab cakap bukan-bukan. Esoknya, Wahid cuba sekali lagi untuk mendekati Seri. Tapi lebih ekstrim, dia minta Seri tanggalkan purdah, dia mahu lihat wajah Seri sebelum terlambat. Sebelum mereka terpisah katanya. Takkanlah Seri nak berbuat macam tu kan? Seri tetap dengan pendiriannya. Dia bilang Wahid gila untuk meminta sesuatu seperti itu. Maka Seri pun lari daripada Wahid. Wahid cuba kejar sambil jerit memanggil Seri. 


Malangnya.....

Dengan takdir Allah Taala...muncul pula seorang pak Arab memacu kereta dengan penuh laju...lalu dilanggarnya Wahid di situ juga. Maka, darah pun tak henti-henti keluar dari mulut Wahid. Seri toleh nampak kesemuanya. Dia lari ke tempat kejadian. Wahid masa tu masih sempat berkata-kata..Seri, saya bersyukur dapat bertemu awak. Terima kasih, Seri. "Mengucap WAHID!! MENGUCAP!!!"

Dengan kata-kata itu, tiba-tiba, Wahid pun rebah, longlai, menghembuskan nafas yang terakhir sambil senyum. Seri tergamam, terbantut segala denyutan nadinya. Tidak disangka-sangka ucapan 'TIADA MASA, TAK SEMPAT' yang Wahid pernah bagitau malam tu, merupakan petanda dirinya pergi BUAT SELAMA-LAMANYA.

Jadi apakah MOTIF saya menceritakan sedikit sebanyak pasal drama ini? 

Jawapannya mudah: HARGAILAH APA YANG KITA ADA, HARGAILAH ORANG YANG SAYANG KITA SEKARANG, SEBAB YANG PERGI TIADA TUMBUH DAN GANTINYA. 

Saya pernah rasa semua ni. Anda yang baca juga mungkin sama. Jadi hargailah segala-galanya. Masa yang berlalu tidak dapat dikembalikan. Yang ada cuma  hadapan. Don't look back. :)




>>>P/S: KUDOS to TV3 for airing this drama. It is simply the best among the best<<<




No comments: